Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Latihan Kuasa Tembakan 2022 Dan Cadangan “Tanam Sayur”

Admin berasa amat sedikit terkilan (sedikit je) kerana fokus sidang media Menteri Pertahanan selepas Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 hari ini nampaknya telah “tersasar” kepada cadangan "tanam sayur" yang sepatutnya boleh dibincangkan atau diketengahkan pada hari esok atau hari-hari mendatang yang lain.

2,301

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Hari ini telah berlangsung Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di mana anggota tentera darat telah mempamerkan keupayaan pelbagai aset yang dimiliki oleh tentera darat serta kompetesi mereka dalam mengendalikannya.

LKT ini adalah adalah acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh peminat pertahanan negara terutamanya untuk menyaksikan aset-aset tentera darat itu menunjukkan “kegarangan” mereka ketika di medan.

Pada hari ini, anggota tentera darat telah mempamerkan keupayaan mereka dalam melancarkan kebanyakkan daripada sistem persenjataan dimiliki oleh pertahanan negara.

sayur
(gambar kredit Tentera Darat)

 

Seramai 2300 anggota tentera dan pegawai terlibat dalam LKT tahun ini serta 644 kenderaan tempur, kenderaan sokongan dan sistem persenjataan Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Aset-aset daripada kereta kebal PT-91M Pendekar, Gempita, Lipan Bara, Adnan, MIFV, MLRS ASTROS, meriam 155mm G5 MKIII, meriam 105mm LGI, mortar 120mm dan pelbagai jenis sistem anti-kereta kebal.

Malah, aset terbaru tentera darat iaitu helikopter tempur ringan MD530G turut mempamerkan kemampuan mereka.

“Make no mistake, today is a big day for the armed forces especially the tentera darat and its firepower.”

Bagaimanapun, admin berasa amat sedikit terkilan (sedikit je) kerana fokus sidang media Menteri Pertahanan selepas LKT itu nampaknya telah “tersasar” kepada isu lain yang boleh dibincangkan pada hari esok atau hari-hari mendatang yang lain.

sayur
(gambar kredit Tentera Darat)

 

“Aktiviti bercucuk tanam itu dah ada pun. Saya dah tengok tadi…jadi dalam apa jua keadaan termasuk harga makanan melambung, kita ada kemampuan sendiri. Sekurang-kurangnya anggota boleh fokus kepada tanggungjawab mereka iaitu keselamatan dan pertahanan.”

“Saya nak dapat laporan nanti dan sekiranya boleh diperluaskan untuk kesemua kem atau mungkin setiap zon,” cadang Menteri Pertahanan dengan turut menyatakan bahawa Kem Syed Sirajuddin dijadikan projek rintis. 

Hari ini adalah hari LKT dan apa yang sepatutnya ditonjolkan adalah kemampuan ATM dan sistem persenjataan mereka serta usaha untuk meningkatkan lagi keupayaan anggota dan bukannya berkenaan cadangan untuk mewujudkan kawasan tanaman sayuran di setiap kem angkatan tentera di seluruh negara.

Ya , cadangan untuk mewujudkan kawasan tanaman di setiap kem adalah amat baik, tiada sesiapa dapat menafikan kepentingannya dalam isu sekuriti makanan tetapi perlukah cadangan itu dinyatakan hari ini.

Tak boleh tunggu esok kah atau hari-hari seterusnya sehingga terpaksa menggunakan hari penting dalam kalendar tentera darat untuk menyatakan cadangan “tanam sayur” itu kepada seluruh negara.

sayur
(gambar kredit Tentera Darat)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sudah semestinya cadangan supaya anggota tentera untuk “tanam sayur” di kem-kem tentera sudah semestinya akan “overshadow” antara acara terpenting dalam kalendar tentera darat Malaysia iaitu LKT.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan cadangan “tanam sayur” itu akan menimbulkan polemik yang tidak sepatutnya terhadap anggota tentera darat kita.

Cadangan anggota tentera “tanam sayur” itu adalah baik, cuma jikalau terdapat keperluan untuk mewar-warkannya, boleh di-publisitikan pada hari-hari lain yang lebih bersesuaian.

Walauapapun, ini adalah pandangan peribadi admin Defence Security Asia sahaja, jika ada di antara yang tidak bersetuju dengannya, terpulanglah. — DSA

    

 

Comments are closed.