Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Latihan PC-7 MKII TUDM Berhadapan Masalah “Corrosion”?

Dalam posting FB TUDM semalam, ia menyatakan pesawat yang digunakan untuk latihan asas penerbangan itu sedang berhadapan dengan masalah “corrosion” (karat). Tetapi tindakan pemulihan untuk mengatasi masalah itu sedang dilaksanakan bersama-sama syarikat Pilatus Aircraft Limited.

0 3,196

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai memiliki sehingga 21 buah pesawat latihan Pilatus PC-7MKII yang digunakan untuk memberikan latihan asas penerbangan kepada juruterbang-juruterbang TUDM.

Pesawat-pesawat Pilatus PC-MKII itu diperolehi secara berperingkat sejak awal tahun 2000-an (TUDM juga miliki PC-7 iaitu varian terdahulu, tidak pasti sama ada masih digunakan atau telah dibersarakan)

Bagaimanapun dalam posting FB TUDM semalam, ia menyatakan pesawat yang digunakan untuk latihan asas penerbangan itu sedang berhadapan dengan masalah “corrosion”. (karat)

Pilatus
(foto kredit FB TUDM)

 

Admin tidak pasti sama ada masalah “corrosion” ini adalah sesuatu yang biasa (common) pada pesawat-pesawat.

Tetapi tindakan pemulihan untuk mengatasi masalah itu sedang dilaksanakan bersama-sama syarikat Pilatus Aircraft Limited.

Posting FB TUDM semalam menyebut”

“Panglima Bantuan Udara, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM bersama wakil dari Kementerian Kewangan (MOF), yang diketuai oleh Encik Nik Asyraf bin Mohd Ghazali, Ketua Seksyen Keselamatan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam telah membuat lawatan kerja rasmi ke Institut Latihan Instruktor Terbang (ILIT), Kolej Tentera Udara (KTU) bagi meninjau perkembangan terkini pesawat latihan PC-7 Mk II yang mengalami masalah ‘corrosion’ dan tindakan pemulihan yang dilaksanakan di bawah kontrak bersama Syarikat Pilatus Aircraft Limited.”

Pilatus
(foto kredit FB TUDM)

 

“Ketibaan Panglima Bantuan Udara dan Encik Nik Asyraf bin Mohd Ghazali bersama deligasi di Markas KTU telah disambut oleh Komandan, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM bersama barisan Eksekutif Kolej.”  

“Terdahulu, delegasi yang hadir telah diberikan taklimat di Bilik Mesyuarat Markas KTU untuk perbincangan berkenaan lawatan kerja tersebut dan seterusnya dibawa ke Hangar ILIT untuk memeriksa keadaan pesawat PC-7 MkII.” 

“Semoga lawatan kerja ini menghasilkan resolusi yang terbaik di dalam pembangunan keupayaan senggaraan pesawat PC-7 MkII.”

Pesawat latihan turboprop PC-7 MKII dihasilkan oleh Pilatus Aircraft.

Pilatus

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pesawat latihan itu dilengkapi dengan tandem glass cockpit untuk dua juruterbang serta menggunakan ejection seats.

Pesawat PC-7 MkII dilengkapi dengan enjin turpoprop Pratt & Whitney PT6A-25C berkuasa maksima  700shp, selain dilengkapi dengan digital electronic engine control system.

PC-7 MkII boleh terbang pada ketinggian maksima 33,000 kaki dan kelajuan maksima 556km/h dengan jarak maksima operasi 1,500km. — DSA

 

 

Comments
Loading...