Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Laporan Dakwa Kapal Kargo Isra4l Diserang Ketika Sedang Belayar Di Lautan Hindi

Kapal kargo "Tyndall"" yang berdaftar di Liberia itu dikatakan sedang belayar daripada Jeddah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

2,123

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal kargo milik billionair Isra4l dilaporkan rosak akibat “serangan” oleh pihak tidak dikenali ketika ia belayar Lautan Hindi.

Kapal kargo “Tyndall”” yang berdaftar di Liberia itu dikatakan sedang belayar daripada Jeddah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pemilik kapal itu adalah syarikat Zodiac Maritime Ltd.

Menurut laporan, “serangan” itu menyebabkan kebakaran besar di beberapa bahagian kapal kargo itu tetapi tidak menyebabkan sebarang kematian di kalangan krew kapal itu yang terdiri daripada bukan rakyat Isra4l.

Pemilik syarikat perkapalan itu adalah Eyal Ofer, menurut laporan oleh media di Isra4l.

Helios Ray
Kapal kargo milik Isra4l “Helios Ray” rosak selepas terkena letupan di Teluk Oman pada Mac lepas.

 

Eyal Ofer merupakan antara ahli perniagaan yang paling kaya di negara itu dengan kekayaannya dianggarkan bernilai US$11.1 billion, sebagaimana dianggarkan oleh majalah perniagaan, Forbes.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian serangan di perairan Lautan Hindi itu.

Laporan serangan terhadap kapal kargo Isra4l hari ini jika disahkan benar,  hanya sambungan kepada beberapa kejadian berbalas serangan terhadap kapal-kapal dagang negara itu dan Iran akhir-akhir ini.

Eyal
Billionair Israel, Eyal Ofer.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.