Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Hantar Kapal Pengawal Pantai “Ganggu” Operasi Carigali Minyak Indonesia Di Laut China Selatan?

Perairan di mana Blok Tuna itu terletak (milik Indonesia) bukan sahaja kaya dengan minyak dan gas,tetapi juga penting daripada segi geopolitik kerana di berada berhampiran dengan sempadan maritim Malaysia dan Vietnam serta Laut China Selatan.

0 2,814

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, pemerhati Laut China Selatan melaporkan tentang kehadiran pelantar pengerudi minyak (semi-submersible rig) dinamakan “Clyde Boudreaux” di blok Tuna di Laut China Selatan di utara perairan Kepulauan Riau, Indonesia.

Perairan di mana Blok Tuna itu terletak (milik Indonesia) bukan sahaja kaya dengan minyak dan gas,tetapi juga penting daripada segi geopolitik kerana di berada berhampiran dengan sempadan maritim Malaysia dan Vietnam serta Laut China Selatan.

Oleh kerana Blok Tuna itu terletak berhampiran dengan Laut China, pemerhati menjangkakan kemungkinan besar China akan menghantar kapal pengawal pantai untuk menganggu operasi “Clyde Boudreaux” itu.

Dan jangkaan itu benar-benar berlaku kerana laporan terkini oleh pemerhati perairan strategik itu mendakwa bahawa sebuah kapal pengawal pantai China dikatakan sedang menghampiri kedudukan di mana “Clyde Boudreaux” sedang beroperasi berdasarkan kepada imej-imej satelit.

Jangkaan admin pula, kemungkinan kapal pengawal pantai China dikerah ke Blok Tuna daripada kedudukannya berhampiran Beting Patinggi Ali. 

Tuna
Kredit Duan Dang
Tuna
Kedudukan Blok Tuna (kredit Duan Dang)

 

Tindakan China menghantar kapal-kapal pengawal pantainya ke mana-mana operasi minyak dan gas di Laut China Selatan yang didakwa sebagai miliknya, adalah selaras dengan pattern tindakannya pada masa ini.

Sememangnya, sesiapa sahaja yang menjalankan kerja-kerja cari gali minyak dan gas di Laut China Selatan (walau ia berada di dalam kawasan EEZ masing-masing) ketika ini sudah pasti akan berhadapan dengan “gangguan” daripada kapal-kapal pengawal pantai China.

Malaysia pernah menghadapinya menerusi insiden-insiden yang berlaku terhadap kapal pengerudi West Capella (ultra deepwater drillship), Sapura Esperanza (tender assist drilling rig) dan lain-lain yang berada di perairan Luconia Shoals.

Vietnam juga pernah berhadapan gangguan China, malah “Clyde Boudreaux” pernah bertugas di perairan Vietnam dan syarikat mengoperasikannya pernah bertindak menghentikan operasi kapal pengerudi itu selepas tidak tahan dengan gangguan daripada kapal pengawal pantai China.

Clyde Boudreaux
“Clyde Boudreaux”

 

Pada Ogos 2020, syarikat Noble Corporation yang mengoperasikan “Clyde Boudreaux” untuk kerja-kerja cari gali minyak dan gas di Blok 06-01 di perairan Vietnam bagi pihak syarikat Russia, Rosneft terpaksa membatalkan kerja-kerja itu, dengan banyak pihak menyatakan ia berpunca daripada gangguan kapal-kapal pengawal pantai China.

Jika benar, kapal pengawal pantai China sedang menghampiri kedudukan “Clyde Boudreaux” di perairan Indonesia, apa tindakan kerajaan Bapak Jokowi?

Adakah Jakarta akan menghantar kapal-kapal perangnya untuk melindungi “Clyde Boudreaux” daripada “gangguan” kapal-kapal pengawal pantai China? Kita akan pantau perkembangan selanjutnya.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...