Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ZAMZOV, Kompleks Latihan OBUA Tentera Darat Di Sarawak

Kompleks latihan diberi nama ZAMZOV (ZAMROSE MOHD ZAIN OBUA VILLAGE) itu, merupakan cetusan ilham Panglima Tentera Darat (PTD) Ke 28, Jeneral Tan Sri Zamrose bin Mohd Zain.

0 1,858

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Anggota Tentera Darat yang bertugas di negeri Sarawak pastinya berasa bangga dan bertuah apabila Kompleks Latihan ‘Operations in Build Up Areas’ (OBUA), medan latihan untuk mempertingkatkan kemahiran pertempuran di kawasan urban, siap dibina sepenuhnya di Lapang Sasar Sampadi, Lundu Sarawak.

Kompleks latihan diberi nama ZAMZOV (ZAMROSE MOHD ZAIN OBUA VILLAGE) itu, merupakan cetusan ilham Panglima Tentera Darat (PTD) Ke 28, Jeneral Tan Sri Zamrose bin Mohd Zain, ketika beliau menjawat jawatan sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat Ke-3.

Pembinaan kompleks tersebut dilaksanakan oleh pasukan Skuadron Ketiga Rejimen Askar Jurutera Diraja (3 Skn RAJD), mengambil masa selama 150 hari dan telah siap sepenuhnya pada 30 Oktober 2020 yang lalu.

PTD, yang dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak berkesempatan menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks ZAMZOV yang diadakan secara ringkas dan mematuhi SOP PKP.

Beliau turut menyaksikan Demonstrasi Kompetensi OBUA yang dilaksanakan oleh Batalion ke – 10 Rejimen Sempadan (10 RS) iaitu pasukan di bawah 31 Briged yang diterajui oleh Brigedier Jeneral Sarman bin Bahrom.

Zamzov
Gambar kredit Tentera Darat.
Zamzov
Gambar kredit Tentera Darat

 

10 RS merupakan pasukan pertama menggunakan infrastruktur Kompleks ZAMZOV dalam latihan OBUA ini.

Infrastruktur ini merupakan kompleks latihan pertama yang dibina di negeri Sarawak.

Sesungguhnya pembinaan infrastruktur latihan sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” yang menitikberatkan kepada usaha mempertingkatkan keupayaan dan kesiagaan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam melaksanakan sebarang misi dan operasi.

Warga TDM turut berbangga dengan pembinaan infrastruktur latihan tempur terbaharu ini dan diyakini ia mampu mempertingkatkan kompetensi dan kemahiran anggota dalam operasi di kawasan urban. #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #TonggakPertama

Zamzov
Gambar kredit Tentera Darat

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...