Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan Kerah 30 Pesawat Pejuang Tangani 12 Pesawat Korea Utara

Menurut angkatan tentera Korea Selatan, lapan buah pesawat pejuang dan empat buah pesawat pengebom Korea Utara terbang di dalam formasi dan dipercayai melakukan latihan pengeboman udara-ke-darat.

0 4,380

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Selatan mengerah 30 buah pesawat pejuangnya selepas 12 buah pesawat pejuang dan pesawat pengebom Korea Utara menghampiri sempadannya, dalam apa yang penganalisis ketenteraan sifatkan sebagai suatu insiden yang jarang-jarang berlaku.

Insiden itu berlaku tidak lama selepas Korea Utara melancarkan dua butir peluru berpandu ballistik ke arah Laut Jepun, yang merupakan pelancaran keenam di dalam tempoh dua minggu.

Menurut angkatan tentera Korea Selatan, lapan buah pesawat pejuang dan empat buah pesawat pengebom Korea Utara terbang di dalam formasi dan dipercayai melakukan latihan pengeboman udara-ke-darat.

Korea Utara
Pesawat MiG-29 Korea Utara

 

Tentera Udara Korea Selatan mengerah 30 pesawat pejuangnya termasuk F-15K untuk menangani penerbangan “mencurigakan” pesawat-pesawat Korea Utara, tetapi tidak berlaku sebarang pertembungan di antara kedua-dua pihak.

Kesemua pesawat tentera Korea Utara itu dikesan di ruang udara laluan pemerhatian khas di bandar Pyongyang dan Wonsan di Korea Utara kira-kira pada pukul 2 petang (waktu tempatan) semalam.

Pegawai tentera Korea Selatan sebagaimana dipetik oleh media tempatan menyatakan pesawat-pesawat Korea Utara terdiri daripada beberapa pesawat pejuang seperti MiG-29 dan juga Su-25.

Ia juga menjangkakan penerbangan formasi pesawat-pesawat tentera Korea Utara itu merupakan tindak balas terhadap latihan ketenteraan oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat,Korea Selatan dan Jepun.

Korea Utara
MiG-29 Korea Utara

 

Ketegangan di Semenanjung Korea memuncak sejak beberapa hari ini berikutan tindakan rejim Pyongyang melancarkan peluru berpandu ballistik, menyebabkan Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun untuk melancarkan latihan membabitkan beberapa kapal perangnya termasuk kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan.

“Latihan laut ini memfokuskan kepada usaha mengesan,menjejak dan memintas sasaran berdasarkan kepada maklumat berkenaan peluru berpandu ballistik Korea Utara,” menurut kenyataan daripada tentera Amerika Syarikat.

F-35
F-35A Korea Selatan

 

Pada mulanya,kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat itu bersama-sama kapal pengiringnya telah meninggalkan Korea Selatan tetapi terpaksa melakukan “u-turn” dan melaksanakan “latihan bersama” dengan Korea Selatan dan Jepun selepas Pyongyang melancarkan peluru berpandu.

Pihak tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan turut melancarkan enam butir peluru berpandu ke Laut China Timur tetapi salah satu daripada peluru berpandu itu menghadapi masalah dan meletup.

Pesawat-pesawat pejuang Amerika Syarikat dan Korea Selatan turut melancarkan latihan pengeboman terhadap “sasaran”.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ronald Reagan
Kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan (CVN-76).

 

Sejak daripada awal tahun, Korea Utara telah melancarkan kira-kira 40 butir peluru berpandu ballistik, kebanyakkannya berkemampuan membawa peledak nuklear.

Dalam pelancaran terakhir, peluru berpandu Korea Utara itu terbang sejauh lebih 4,600km melintasi ruang udara wilayah Aomori dan Hokkaido, menyebabkan pihak berkuasa tempatan memindahkan penduduk. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...