Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Taurus K-2”, Peluru Berpandu Kruis Lancaran Udara Dari Korea Selatan

Dengan saiznya yang lebih kecil berbanding "Taurus KEPD", peluru berpandu kruis (air-launched cruise missile-ALCM) "Taurus K-2" itu dicadang digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang KF-21 "Boramae" dan FA-50.

0 1,688

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, Tentera Udara Korea Selatan dipercayai memiliki kira-kira 260 buah peluru berpandu kruis lancaran udara (air-launched cruise missie –ALCM) “Taurus KEPD” yang dibangunkan oleh syarikat Sweden, Saab dan Jerman, Taurus System GmbH.

Peluru berpandu kruis (juga dipanggil stand-off missile) seberat 1,400 kg yang boleh membedil sasaran sejauh 600km itu dibawa oleh pesawat-pesawat pejuang F-15K Tentera Udara Korea Selatan dan mereka telah pun mula menggunakannya sejak 2016.

Sasaran “Taurus KEPD” itu sudah semestinya kubu-kubu diperkukuhkan milik tentera Korea Utara.

FA-50
“”Taurus K-2” adalah “adik” kepada Taurus KEPD.

 

Korea Selatan dilaporkan membeli sejumlah besar peluru berpandu “Taurus KEPD” itu selepas usahanya untuk membeli “Joint Air To Surface Standoff Missile” (JASSM) daripada Amerika Syarikat ditolak.

Sebagai syarat utama pembelian “Taurus KEPD” itu, Korea Selatan mahukan permindahan teknologi dilakukan bertujuan memanafaatkan industri pertahanan tempatan.

Permindahan teknologi hasil pembelian “Taurus KEPD” itu menyaksikan negara Asia Timur yang kini muncul sebagai antraa  itu membangunkan varian peluru berpandu kruis itu yang saiznya  lebih kecil untuk digunakan oleh pesawat-pesawat yang lebih ringan berbanding F-15K.

Pesawat-pesawat yang dimaksudkan itu adalah KF-21 “Boramae” dan FA-50.

Menurut laporan daripada media-media Korea Selatan, peluru berpandu kruis yang akan/sedang dibangunkan sendiri oleh Korea Selatan hasil pembelian “Taurus KEPD” itu bakal dikenali dengan nama “Taurus K2” (namun apabila siap sudah pasti pihak Korea akan menggunakan nama Korea untuk peluru berpandu itu).

JASSM
JASSM

 

Menurut maklumat awal, peluru berpandu ‘’Taurus K-2” atau designasi teknikalnya, “Taurus 350K-2” adalah kira-kira 0.7 meter pendek berbanding abangnya iaitu “Taurus KEPD”  dan 300kg lebih ringan.

Dengan kemampuan “bunker buster”, peluru berpandu kruis lancaran udara “Taurus K-2” itu bakal digunakan untuk membedil kubu-kubu pertahanan dan kemudahan radar pihak musuh.

Walaupun lebih kecil dan lebih ringan tetapi peluru berpandu kruis “Taurus K-2” masih boleh membedil sasaran sejauh 400km berbanding “Taurus KEPD” yang berupaya membedil sasaran sejauh 600km.

Ia dijangka memiliki kelajuan dibawah Mach 1 sebagaimana kelajuan “Taurus KEPD” (0.6-0.9 Mach).

Tentera-tentera udara negara Eropah sudah mula menggunakan Taurus KEPD sejak 2005.

Taurus
Anggota Tentera Udara Korea Selatan memeriksa peluru berpandu “Taurus KEPD” pada pesawat F-15K.

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Usaha membangunkan peluru berpandu kruis “Taurus K-2” itu telah bermula sejak 2018 dan setakat ini dipercayai ia masih lagi di diperingkat akhir pembangunan sebelum ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Udara Korea Selatan (jangkaanya pada pertengahan 2020-an), apatah untuk pasaran eksport.

Bagaimanapun, jika ia sudah diluluskan untuk pasaran eksport, sudah semestinya “Taurus K-2” itu akan ditawarkan kepada negara-negara yang menggunakan pesawat FA-50 atau KF-21 kelak.

Tetapi ia akan mengambil masa beberapa tahun lagi, sebelum kita dapat melihat “Taurus K-2” itu dikerahkan untuk operasi. — DSA

 

Comments
Loading...