Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Su-30MKM Dan MiG-29 Milik Malaysia, Ukraine Berkongsi “Kisah Yang Sama”

Sebenarnya Malaysia dan Ukraine "berkongsi" kisah yang sama kerana pada November 2016 bertempat itu di LASARUD, Kota Belud, pesawat Sukhoi Su-30MKM telah mengugurkan bom panduan laser “GBU-12 Paveway II” yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

0 4,235

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Minggu lepas telah tersebar berita mengatakan pesawat-pesawat pejuang MiG-29 milik Tentera Udara Ukraine telah diubahsuai bagi membolehkan ia membawa peluru berpandu AGM-88 High Speed Anti-Radiation Missile (HARM) buatan Amerika Syarikat.

Pesawat buatan Russia milik Ukraine itu dilengkapi dengan peluru berpandu HARM buatan Amerika Syarikat untuk membolehkannya melaksanakan misi-misi Suppression of Enemy Air Defence/Destruction of Enemy Air Defence (SEAD/DEAD) terhadap jaringan sistem pertahanan udara Russia.

Peluru berpandu anti-radiasi AGM-88 HARM yang mempunyai keupayaan membedil sasaran sejauh 150km itu telah dibangunkan oleh syarikat Raytheon Corporation.

Su-30mkm

Pengubahsuaian terhadap pesawat-pesawat MiG-29 bagi membolehkan ia dilengkapkan dengan peluru berpandu HARM itu dilakukan oleh jurutera Ukraine dengan bantuan pakar-pakar Amerika Syarikat.

Sebelum ini tidak ada mana-mana pesawat buatan Russia dilengkapkan dengan senjata buatan Amerika Syarikat.

Pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang mengesahkan bahawa ia telah mengirimkan sejumlah peluru berpandu AGM-88 HARM ke Ukraine, menyatakan bahawa usaha mengintegrasi peluru berpandu buatan Amerika kepada pesawat Russia telah berjaya dilakukan.

“Kejayaan usaha mengintegrasi peluru berpandu HARM kepada pesawat Russia milik Tentera Udara Ukraine telah membantu ia memusnahkan sistem pertahanan udara Russia. Jabatan Pertahanan Amerika akan menghantar lebih banyak peluru berpandu HARM kepada Ukraine,” kata jurucakap Pentagon kepada media Amerika Syarikat.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Ukraine terhadap pesawat MiG-29 miliknya dengan bantuan kepakaran teknikal Amerika Syarikat telah pun dilakukan oleh “pakar-pakar” Malaysia terhadap pesawat Su-30MKM pada 2016.

GBU-12 Paveway
Bom panduan laser GBU-12 Paveway

 

Malaysia dan Ukraine “berkongsi” kisah yang sama tentang pengubahsuaian pesawat Russia untuk melancarkan peluru berpandu buatan Amerika Syarikat.

Cuma, ada yang mengatakan bahawa usaha Malaysia itu “lebih mudah” berbanding Ukraine kerana pesawat Su-30MKM itu sememangnya unik kerana ia dilengkapi dengan komponen dan avionik buatan negara-negara Barat.

Ia dikatakan lebih mudah untuk diintegrasikan dengan sistem persenjataan keluaran negara Barat.

Pada November 2016, bertempat di Lapang Sasar Udara (LASARUD) di Kota Belud, sebuah pesawat Sukhoi Su-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menunjukkan keupayaannya yang menjadi “bahan perbualan” pemerhati pertahanan seluruh dunia sehingga kini.

Sebagaimana yang telah diulas oleh admin sebelum ini, pada November 2016 itu di LASARUD, Kota Belud sebuah pesawat Sukhoi Su-30MKM daripada pangkalan TUDM di Gong Kedak telah mengugurkan bom panduan laser “GBU-12 Paveway II” yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

GBU-12 Paveway
Peluru berpandu AGM-65 Maverick (kiri) dan bom panduan laser GBU-12 Paveway II (kanan). (gambar hiasan)

 

 TUDM sehingga kini pun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai “kejayaan” itu, malah video pendek mengenainya telah ditarik balik tidak lama selepas ia diupload di page Facebook TUDM.

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada TUDM dan video pendek itu telah ditarik balik, ia tidak menghalang peminat-peminat pertahanan dalam dan luar negara untuk membincangkan kemampuan TUDM dalam mengintegrasikan teknologi daripada Russia dan Amerika Syarikat.

Laporan sebelum ini mengatakan bahawa bom pintar itu dipandu ke sasaran oleh anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) menggunakan Ground Laser Target Designator (GLTD).

Ada juga pendapat mengatakan bom pintar NATO itu dipandu oleh oleh target pod “Damocles” buatan syarikat Thales daripada Perancis yang dilengkapkan pada pesawat Sukhoi Su-30MKM itu.

Pesawat-pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM itu sememangnya amat unik kerana walaupun ia dibangunkan oleh syarikat pesawat Russia, tetapi turut dilengkapkan dengan beberapa peralatan avionic daripada Barat.

HARM
Pesawat MiG-29 Ukraine dengan peluru berpandu anti-radiasi HARM Amerika.

Bom panduan laser GBU-12 Paveway II itu adalah berdasarkan kepada General Purpose Bomb Mk 82 500 pound (227 kg), cuma ia dinaiktaraf untuk dilengkapkan dengan nose-mounted laser seeker dan fins.

Dalam Perang Teluk, Tentera Amerika Syarikat melaporkan bahawa success rate bagi bom GBU-12 Paveway II adalah sekitar 88 peratus, menjadikan ia antara bom panduan laser yang paling kerap digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang NATO.

Bom GBU-12 Paveway II ini sangat tepat dan memiliki Circular Error Probable (CEP) 1.1 meter.

HARM
Peluru berpandu anti-radiasi HARM dibangunkan oleh Raytheon Corp.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Kejayaan”  TUDM itu merujuk kepada kemampuan pasukan teknikalnya dalam mengintegrasikan peluru pintar NATO (NATO guided munitions) dengan pesawat buatan Russia, sekaligus meluaskan lagi opsyen pada TUDM dan Kementerian Pertahanan.

 Kejayaan TUDM dalam certifikasi ordnans NATO di pesawat pejuang Su-30MKM boleh dikatakan merupakan “game changer” kerana ia meluaskan lagi opsyen yang dimiliki oleh perancang-perancang TUDM. — DSA

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

Comments
Loading...