Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan, Amerika, Korea Utara Saling Berbalas Lancar Peluru Berpandu

Army Tactical Missile Systems (ATACMS) merupakan peluru berpandu darat ke darat yang dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin dan berkeupayaan membedil sasaran sejauh 300km.

0 2,814

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Amerika dan Korea Selatan melancarkan lapan peluru berpandu darat ke darat “Army Tactical Missile Systems” (ATACMS)  hari ini sebagai tindak balas kepada ujian pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara yang dilakukan pada hari sebelumnya.

Menurut Ketua Staf Bersama Korea Selatan, kedua-dua negara itu melancarkan peluru berpandu ATACMS ke beberapa sasaran di Laut Timur atau dikenali sebagai Laut Jepun, pada awal pagi tadi.

Kelapan-lapan peluru berpandu itu dilepaskan oleh tentera Amerika dan Korea Selatan dalam tempoh kira-kira 10 minit. Satu peluru berpandu dilancarkan oleh tentera Amerika manakala tujuh dilancarkan oleh tentera Korea Selatan.

ATACMS
“Army Tactical Missile Systems” (ATACMS) yang dilancarkan oleh tentera Amerika dan Korea Selatan.

 

Army Tactical Missile Systems (ATACMS) merupakan peluru berpandu darat ke darat yang dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin dan berkeupayaan membedil sasaran sejauh 300km.

Ia boleh dilancarkan menggunakan sistem pelancar M270 Multiple Launch Rocket System (MLRS), and M142 High Mobility Artillery Rocket System (HIMARS).

Selain Amerika Syarikat dan Korea Selatan, ATACMS itu turut digunakan oleh tentera Turki dan Greek.

Pelancaran itu dibuat sehari selepas Korea Utara melancarkan lapan peluru berpandu balistik jarak dekat sejurus selepas Amerika dan Korea Selatan menamatkan latihan ketenteraan bersama mereka.

“Tentera kami mengutuk sekeras-kerasnya siri provokasi peluru berpandu balistik Korea Utara.

Hwasong-17
Peluru berpandu balistik “”Hwasong-17” Korea Utara

 

“Kami juga mendesak republik itu menghentikan serta-merta tindakan yang meningkatkan ketegangan tentera di Semenanjung itu,” jelasnya.

Pelancaran terbaharu itu menunjukkan kekuatan bersama sekutu negara itu dibawah kepimpinan Presiden Korea Selatan baharu, Yoon Suk-yeol yang berikrar untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap Pyongyang.

Korea Utara melancarkan lapan peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan pantai timurnya pada Ahad, kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan.

Mengenai pelancaran peluru berpandu oleh Pyongyang itu, Ketua Turus Tentera Korea Selatan itu berkata, ia mengesan pelancaran dari kawasan Sunan di Korea Utara dari sekitar 9.08 pagi hingga 9.43 pagi waktu tempatan.

K2 Tank
Kereta kebal K2 Black Panther Korea Selatan dalam satu latihan baru-baru ini.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Beliau juga berkata, tentera Korea Selatan mengekalkan posisi siap siaga penuh dengan kerjasama erat bersama Amerika Syarikat sambil terus memperkukuh pengawasan dan kewaspadaan.

Ia merupakan pelancaran peluru berpandu ke-18 oleh Korea Utara tahun ini dan ketiga sejak Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol memegang jawatan pada 10 Mei, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Yonhap.

Pejabat presiden berkata satu mesyuarat majlis keselamatan negara akan diadakan bagi membincangkan mengenai pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara. — DSA

Comments
Loading...