Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan Peroleh 210 Helikopter Bersenjata “LAH” Buatan Tempatan

Menurut agensi perolehan aset pertahanan Korea Selatan, Defense Acquisition Program Administration (DAPA), pengeluaran helikopter Light Armed Helicopter (LAH) itu akan berjalan sehingga tahun 2031 bagi menghasilkan kira-kira 210 buah helikopter penyerang ringan itu. Helikopter LAH itu dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI)

4,192

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Korea Selatan telah meluluskan pelan yang dijangka menelan belanja US$4.3 bilion (RM17.3 bilion) untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran helikopter penyerang ringan keluaran tempatan.

Usaha mengeluarkan helikopter penyerang ringan itu (Light Armed Helicopter – LAH)  yang dibangunkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) itu akan bermula dalam beberapa bulan ini.

Helikopter LAH itu melakukan penerbangan pertama pada tahun 2019.

Menurut agensi perolehan aset pertahanan Korea Selatan, Defense Acquisition Program Administration (DAPA), pengeluaran helikopter LAH itu akan berjalan sehingga tahun 2031 bagi menghasilkan kira-kira 210 buah helikopter penyerang ringan itu.

210 buah helikopter LAH itu akan menggantikan helikopter 500MD dan Bell AH-1S Cobra yang digunakan oleh tentera darat Korea Selatan.

LAH
Helikopter “Light Armed Helicopter” (LAH) dibangunkan oleh Korea Aeropace Industries (KAI)

 

Kumpulan pertama helikopter LAH itu akan mula berkhidmat dengan tentera darat Korea Selatan bermula pada tahun 2024.

Korea Selatan merupakan negara ketujuh di dunia yang berjaya menghasilkan helikopter bersenjata.

Untuk enjinnya pula, helikopter LAH itu menggunakan dua enjin HAS-Arriel 2L2 yang dibangunkan secara bersama oleh Safran Helicopters dan Hanwha Aerospace yang akan menghasilkan enjin itu secara berlesen di Korea Selatan,selain bertanggungjawab terhadap aspek penyelenggaraannya.

LAH
Helikopter “Light Armed Helicopter” (LAH) dibangunkan oleh Korea Aeropace Industries (KAI)

 

Helikopter penyerang ringan LAH yang memiliki berat 4.9 tan itu memiliki kokpit gelas dan sistem avionic yang moden.

Mengenai sistem persenjataannya pula, helikopter yang dibangunkan oleh KAI berkemampuan membawa meriam 20mm,roket 70mm, peluru berpandu anti-kereta kebal, dengan sasaran utamanya sudah semesti adalah ketumbukan armor dan infrastruktur tentera Korea Utara.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ia juga mampu melancarkan dron secara sendiri serta loitering munitions (kamikaze dron).

Selain itu helikopter LAH juga akan dilengkapi dengan sistem pertahanan bagi melindunginya daripada ancaman sistem pertahanan udara.— DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments are closed.