Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jom Lihat Spesifikasi Teknikal Kapal MRSS Enforcer 10000 Damen Schelde

Sejak beberapa tahun lepas, TLDM telah menyuarakan beberapa kali hasratnya untuk memiliki kapal-kapal Multi Role Support Ship (MRSS) yang akan memainkan peranan sebagai "strategic sealift", tetapi disebabkan kekangan kewangan permintaan TLDM itu gagal direalisasikan.

0 3,230

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Semalam Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Datuk Indera Yazid Arshad menyatakan bahawa perolehan dua buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS) tidak boleh tergendala, malah ia perlu disegerakan. 

Menurut beliau,  terdapat keperluan yang mendesak untuk memperolehi kapal MRSS memandangkan usia kapal MRSS sedia ada sudah berusia hampir 40 tahun. 

Sejak beberapa tahun yang lepas, beberapa syarikat tempatan dan luar negara telah tampil kehadapan untuk menawarkan kapal-kapal MRSS rekabentuk mereka kepada TLDM. 

Antara syarikat-syarikat yang menawarkan kapal MRSS mereka adalah Hyundai Heavy Industries (HHI), Mitsui daripada Jepun dan Damen Schelde serta CSOC daripada China. 

Yazid berkata bagi memantapkan lagi pengoperasian, TLDM memerlukan sekurang-kurangnya empat MRSS dengan dua buah daripada kapal itu beroperasi di Armada Barat (Lumut) manakala dua buah kapal selebihnya beroperasi di Armada Timur (Sabah). 

MRSS

Pada September 2021, bekas Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dalam jawapan bertulis di Parlimen menyatakan bahawa kerajaan bercadang akan melakukan perolehan dua buah kapal MRSS untuk TLDM bermula pada tahun 2024.

Antara syarikat yang paling awal menawarkan kapal MRSS (Multi Role Support Ship) kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah Damen Schelde menerusi rekabentuk Enforcer 10000.

Sejak daripada LIMA 2107, syarikat daripada Belanda ini telah menawarkan kapal-kapal MRSS kepada TLDM.

Dengan kapal MRSS Enforcer 10000 memiliki panjang 157 meter, radius operasinya pula sehingga 10,000 batu nautika menjadikan sesuai untuk mengalas fungsi strategic sealift untuk TLDM.

Full displacement kapal MRSS Enforcer 10000 adalah kira-kira 11,700 tan dan ia juga mampu berlayar selaju 18 knot.

MRSS

 

Dengan 150 krew kapal, tempoh operasinya di laut adalah di antara 15 hingga 30 hari.

Rekabentuk Enforcer 10000 sebagaimana yang dicadangkan oleh syarikat Damen Schelde daripada Belanda juga berkemampuan membawa di antara 400 hingga 700 anggota tentera selain dua buah LCM (Landing Craft Mechanised) dan dua buah LCVP (Landing Craft Vehicle Personnel).

Kapal MRSS Enforcer 10000 juga boleh menempatkan tiga buah helikopter.

Menurut Damen lagi, kapal MRSS yang ditawarkannya kepada TLDM memiliki “stern dock” yang mewujudkan kawasan terlindung daripada ombak kuat bagi membolehkan kerahan LCM/LCVP di dalam keadaan laut sekeliling bergelora sehingga ke tahap Sea State 4.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Dengan keadaan itu, ia membolehkan operasi kapal MRSS Enforcer 10000 boleh dilaksanakan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keadaan persekitaran berbanding konsep lain yang hanya 30 peratus.

Selain anggota tentera dan pelbagai kelengkapannya, kapal MRSS Enforcer 10000 juga boleh menempatkan hospital dengan segala kemudahannya daripada kawasan Triage, bilik pembedahan, X-Ray, pergigian dan bilik rawatan rapi dengan enam katil. – – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...