Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Segerakan Perolehan Kapal Multi Role Support Ship (MRSS) – Panglima Angkatan Bersama

TLDM memerlukan sekurang-kurangnya empat kapal Multi Role Support Ship (MRSS) dengan dua buah daripada kapal itu beroperasi di Armada Barat (Lumut) manakala dua buah kapal selebihnya beroperasi di Armada Timur (Sabah). 

0 4,475

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Usaha Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memperolehi dua buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS) tidak boleh tergendala, malah ia perlu disegerakan,  menurut Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Datuk Indera Yazid Arshad.

Menurut beliau,  terdapat keperluan yang mendesak untuk memperolehi kapal MRSS dengan kadar yang segera memandangkan usia kapal MRSS sedia ada sudah berusia hampir 40 tahun. 

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berharap pihak kerajaan terus berusaha agar memastikan aset Angkatan Tentera Malaysia dapat dipertingkatkan dalam menjaga keselamatan maritim negara. 

“MRSS ini sememangnya amat penting bukan sahaja kepada TLDM itu sendiri malahan di peringkat ATM dan juga negara.

“Aset ini penting bagi memastikan keperluan operasi logistik serta sokongan bantuan kemanusiaan dan bencana alam atau lebih dikenali sebagai Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) di dalam dan luar negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya. 

MRSS
KD Mahawangsa (Bernama)

 

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Tali KD Mahawangsa Sempena Pelayaran ke Lubnan Bagi Ulangbekal Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10.

 Yazid berkata bagi memantapkan lagi pengoperasian, TLDM memerlukan sekurang-kurangnya empat MRSS dengan dua buah daripada kapal itu beroperasi di Armada Barat (Lumut) manakala dua buah kapal selebihnya beroperasi di Armada Timur (Sabah). 

Pada September 2021, bekas Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dalam jawapan bertulis di Parlimen menyatakan bahawa kerajaan bercadang akan melakukan perolehan dua buah kapal MRSS untuk TLDM bermula pada tahun 2024.

Ia adalah untuk memenuhi keperluan operasi ATM menerusi kemampuan Strategic Sealift antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, seramai 203 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan pergerakan ulang bekal pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) yang bertugas di bawah misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) menggunakan kapal KD Mahawangsa.

MRSS

Mereka terdiri daripada 18 pegawai, 169 anak kapal dan 16 petugas bantuan sokongan yang diketuai Kapt Mohd Amin Mat Tahir TLDM. 

Penugasan itu turut melibatkan penerimaan aset tambahan iaitu enam buah trak tiga tan GS Cargo, dua buah trak satu tan ambulans serta barangan kegunaan aktiviti Civil Military Coordination (CIMIC). 

Beberapa buah syarikat telah tampil untuk menawarkan kapal MRSS mereka kepada TLDM.

Syarikat-syarikat terbabit adalah, Mitsui Engineering and Shipbuilding (Mitsui E&S) daripada Jepun  yang menawarkan kapal MRSS seberat 13,000 tan dan berkeupayaan untuk membawa sehingga 500 anggota tentera lengkap bersenjata yang berkekuatan satu battalion.

Selain itu kapal MRSS yang ditawarkan oleh syarikat Mitsui E&S itu juga berkemampuan membawa sehingga 16 buah kereta kebal (main battle tanks), enam buat kereta perisai dan sebuah kenderaan ambulan.

MRSS
Kapal MRSS oleh Damen Schelde.

 

Kapal MRSS oleh syarikat Mitsui ini juga dilengkapi dengan dua sistem Phalanx CIWS.

Syarikat pembuat kapal China Shipbuilding and Offshore International Company (CSOC) yang menawarkan sebuah kapal yang direkabentuk seperti kapal Landing Helikopter Dock (LHD) dan  berkemampuan membawa sehingga satu battalion tentera marin.

Ia mempunyai berat di antara 15,000 tan hingga 20,000 tan dengan kemampuan untuk menempatkan sehingga lapan buah helikopter di atas deknya (kombinasi helikopter saiz kecil dan sederhana).

Ia juga berkeupayaan membawa kereta kebal (main battle tanks) serta kenderaan perisai amfibia.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Hyundai Heavy Industries (HHI) daripada Korea Selatan telah memperkenalkan rekabentuk kapal Multi Role Support Ship (MRSS) HDL-13000 kepada TLDM.

Kapal MRSS HDL-1300 oleh HHI itu mempunyai panjang 160 meter dan berat mencecah 13,000 tan.

Fungsi utama kapal MRSS buatan syarikat Korea Selatan ini adalah bantuan lojistik dan operasi Humanitarian and Disaster Relief (HADR) atau kemanusian, selain melaksanakan misi-misi amfibia.

Untuk melaksanakan misi-misi amfibia, kapal MRSS rekaan HHI ini berkemampuan membawa sehingga 16 buah kereta kebal utama, enam buah kereta perisai pelbagai guna serta ratusan anggota tentera yang lengkap bersenjata. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

 

 

Comments
Loading...