Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Aerospace Tiada Masalah Pembayaran Dalam Bentuk Kelapa Sawit, Komoditi

Syarikat aeroangkasa dan pertahanan Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI) mengetengahkan pesawat FA-50 Block 20 untuk tender FLIT/LCA Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

0 17,497

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) tidak mempunyai masalah untuk memenuhi syarat ditetapkan oleh kerjaan Malaysia yang menghendaki pembayaran untuk pembelian 18 buah pesawat Fighter Lead-In Aircraft/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) dilakukan menggunakan kelapa sawit atau produk-produknya yang lain.

“Korea Aerospace Industries (KAI) tidak ada masalah untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan itu,” kata Ketua Pegawai Kewangan Kemalak Systems Sdn Bhd Mejar (B) Iswandi Mohd Sharif kepada Defence Security Asia.

Kemalak Systems merupakan rakan tempatan bagi Korea Aerospace Industries.

Syarikat aeroangkasa dan pertahanan Korea Selatan itu mengetengahkan pesawat FA-50 Block 20 dalam persaingan tender Kementerian Pertahanan untuk pesawat-pesawat FLIT/LCA itu.

Beliau berkata, pembayaran tidak semestinya dalam bentuk minyak sawit (crude palm oil) semata-mata kerana ada 11 elemen produk akhir minyak sawit termasuk oleo-chemical, biodiesel dan lain-lain yang boleh dipertimbangkan sebagai bentuk “counter-trade” pembayaran.

FA-50

Katanya, KAI dan Kemalak Systems juga telah mengadakan perbincangan dengan Malaysia Palm Oil Board (MPOB).

Kerajaan meletakkan syarat iaitu pembayaran bagi 18 buah pesawat FLIT/LCA untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu dilakukan sehingga 50 peratus di dalam bentuk minyak kelapa sawit produk-produk yang dihasilkan daripada komoditi itu.

Malaysia merupakan negara pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia.

Perolehan 18 buah pesawat FLIT/LCA untuk TUDM itu dijangka menelan belanja sebanyak RM4 bilion dan dengan syarat itu, sekurangnya-kurangnya RM2 bilion kos pembayaran untuk pesawat pejuang itu dilakukan secara barter trade (perdagangan timbal-balik) komoditi dan komoditinya.

Pengesahan daripada rakan tempatan syarikat Korea Selatan mengenai kesediaan mereka menerima sehingga 50 peratus pembayaran di dalam bentuk minyak kelapa sawit dan produk itu sedikit-sebanyak menjawap beberapa persolan tentang isu counter-trade itu.

Sebelum ini terdapat khabar angin mengatakan beberapa syarikat yang menyertai tender FLIT/LCA, terutamanya daripada negara-negara Barat, tidak berapa menggemari dengan syarat pembayaran pembelian pesawat menggunakan minyak kelapa sawit atau komoditi lain.

Syarikat-syarikat terbabit dikatakan memilih untuk pembayaran di dalam bentuk tunai.

FA-50

Bagaimanapun bagi syarikat-syarikat daripada India, Pakistan, China atau Russia yang menyertai tender itu, pembayaran menggunakan minyak kelapa sawit dan produknya tidak menimbulkan masalah kerana negara-negara terbabit sememangnya merupakan negara pengguna kelapa sawit

Baru-baru ini, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang mengatakan bahawa sejumlah lapan syarikat Original Equipment Manufacturer (OEM) telah memberi maklum balas terhadap Permintaaan Untuk Maklumat (Request For Information) kepada TUDM.

“Diantara pesawat-pesawat pejuang yang memasuki tender termasuklah Korea Aerospace Industries (KAI) FA-50, JF-17 daripada Pakistan Aeronautical Complex/Chengdu Aircraft Industry Group, Hongdu L-15B, HAL Tejas, Yakovlev Yak-130, Leonardo M346, Saab Gripen dan Boeing T-7 Red Hawk.”

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...