Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat KAI FA-50, Varian Block 10 Atau Block 20?

Dalam ramai yang mengatakan FA-50 itu bakal memenangi tender itu, terdapat juga saingan terutamanya daripada Leonardo M-346, HAL Tejas dan JF-17 yang dibangunkan oleh Pakistan dan China.

0 3,413

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam Kementerian Pertahanan sudah pun membuka “gelanggang” dengan pembukaan tender bagi membekalkan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer-Light Combat Aircraft (FLIT-LCA), dengan ramai mengatakan pesawat FA-50 oleh Korea Aerospace Industries (KAI) adalah calon favourite untuk memenangi tender itu.

Tender akan ditutup pada 22 September ini.

Dalam ramai yang mengatakan FA-50 itu bakal memenangi tender itu, terdapat juga saingan terutamanya daripada Leonardo M-346, HAL Tejas dan JF-17 yang dibangunkan oleh Pakistan dan China.

Cuma admin just nak beritahu bahawa pihak KAI sedang menaiktaraf pesawat FA-50 kepada varian Block 10 dan Block 20 bagi membolehkan pesawat itu lebih berkemampuan selari dengan perkembangan terkini.

Berita tentang peningkatan kemampuan FA-50 Block 10 ini telah pun digembar-gembur oleh pegawai kanan KAI pada tahun 2018 dan usaha-usaha menaiktaraf itu dijangka siap pada tahun ini, manakala peningkatan taraf FA-20 kepada varian Block 20 pula akan menyusul selepas ini.

Jika Malaysia memilih FA-50, adakah TUDM akan dibekalkan dengan Block 10 atau Block 20.

Sniper
Sniper Advance Targeting Pod

 

 

Antara aspek paling menonjol FA-50 Block 10 adalah pesawat itu diintegrasikan dengan AN-AAQ-33 Sniper Advance Targeting Pod yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat yang menjadikan kemampuan serangan daratnya jauh lebih baik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lockheed Martin,  pesawat FA-50 yang dilengkapkan dengan Sniper Advance Targeting Pod itu telah berjaya melancarkan ujian pelancaran “long-range guided munitions” dan mengenai sasaran dengan tepat.

Kenyataan syarikat itu menyebut Sniper Advance Targeting Pod memberikan – “high-resolution imagery for precision targeting and non-traditional intelligence, surveillance and reconnaissance missions. It detects, identifies, automatically tracks and laser-designates small tactical targets at long ranges and supports employment of laser-guided and GPS-guided weapons against multiple fixed and moving targets.”

Sniper Advance Targeting Pod ini digunakan oleh kebanyakkan pesawat pejuang dan pengebom Amerika Syarikat termasuk B-1B Lancer.

Sniper Advance Targeting Pod turut digunakan oleh pesawat pengebom B-1B Lancer.

 

KAI mensasarkan varian Block 10 pesawat FA-50 untuk pelanggan-pelanggan sedia ada pesawat itu di Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina, Indonesia. Pengguna sedia ada hanya perlu meningkatkan software tanpa perlu melakukan pergubahsuaian fizikal terhadap pesawat, kata pegawai syarikat KAI terbabit kepada sebuah majalah penerbangan antarabangsa.

Pegawai itu juga berkata,  Asia Tenggara mempunyai keperluan untuk kira-kira 60 buah pesawat KAI FA-50  itu.

Sementara itu beliau juga berkata, usaha-usaha menaiktaraf Block 10 FA-50 dijangka siap tahun ini dan usaha sedang giat pula untuk melengkapkan pesawat dengan kemampuan tambahan untuk menjalankan operasi udara-ke-udara secara “Beyond Visual Range.” (BVR) dibawah program Block 20.

Varian Block 20 pesawat FA-50 pula bakal berkemampuan melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) termasuk peluru berpandu AIM-120 AMRAAM.

Ia akan melibatkan peningkatan kemampuan fire control radar pesawat terbabit daripada 70km kepada 100km.

Pesawat-pesawat FA-50 boleh membawa pelbagai sistem persenjataan seberat 4.5 tan termasuk peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat AIM-9 Sidewinder, AGM-65 Maverick, GBU-38/B Joint Direct Attack Munitions (JDAM), CBU-105 Sensor Fused Weapon (SFW), Mk-82 Low Drag General Purpose (LDGP) bombs dan Cluster Bomb Units (CBUs).

Kelajuan maksimum pesawat dua tempat duduk satu enjin ini adalah 1.5 Mach.

Pada ketika ini, Tentera Udara Korea Selatan mengoperasikan kira-kira 60 buah pesawat dua tempat duduk dan satu enjin FA-50.

Malaysia telah memutuskan untuk memperolehi 36 buah pesawat FLIT/LCA dalam tempoh tempoh RMK-12 dan RMK-13 bagi menggantikan pesawat-pesawat Hawk 108 dan Hawk 208 serta Aermacchi MB339CM yang digunakan TUDM ketika ini.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...