Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan, Amerika Lakukan Simulasi Serangan Terhadap Korea Utara

Latihan udara besar-besaran antara Korea Selatan dan Amerika itu dinamakan “Vigilant Storm” melibatkan 240 pesawat tentera kedua-dua negara diadakan ketika terdapat kebimbangan bahawa rejim Korea Utara sedang bersiap-sedia untuk melaksanakan ujian nuklear.

0 1,461

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bermula daripada Isnin, lebih daripada 240 buah pesawat kombat daripada Korea Selatan dan Amerika Syarikat memulakan latihan udara besar-besaran termasuk melibatkan simulasi serangan udara terhadap kedudukan-kedudukan tentera Korea Utara.

Latihan udara besar-besar dinamakan “Vigilant Storm” yang akan berakhir pada Jumaat itu diadakan ketika terdapat kebimbangan bahawa rejim Korea Utara sedang bersiap-sedia untuk melaksanakan ujian nuklear.

Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, tentera udara negara ini menghantar kira-kira 140 buat pesawat pejuang termasuk F-35A, F-15K dan F-16 manakala Amerika Syarikat pula mengirimkan kira-kira 100 buah pesawat pejuang.

Pesawat-pesawat pejuang Amerika pula terdiri daripada F-35B yang berpengkalan di Pangkalan Udara Kadena,Okinawa, EA-18  yang merupakan pesawat peperangan elektronik  dan pesawat pengisi minyak KC-135.

Pesawat pengintip U-2 turut terlibat dalam latihan udara itu yang berlangsung di dalam ruang udara Korea Selatan.

F-35
F-35A Korea Selatan

 

Sepanjang latihan udara itu, pesawat-pesawat pejuang kedua-dua negara itu akan melakukan 1,6000 misi serangan terhadap kedudukan tentera Korea Utara.

Menurut tentera Amerika Syarikat pula, kedua-dua negara akan terus bekerjasama dalam melaksanakan misi udara seperti operasi bantuan udara , serangan balas dan tindakan defensive serta operasi kecemasan selama 24 jam.

Selain latihan udara, ribuan anggota tentera kedua-dua negara juga akan mengadakan latihan bersama.

Tentera Udara Australia turut terlibat dalam latihan itu dengan menghantar sebuah pesawat pengisi minyak KC-30A.

Kali terakhir latihan udara Vigilant Storm dilaksanakan adalah lima tahun lepas sebelum ia dibatalkan oleh Korea Selatan sebagai cara untuk memujuk Korea Utara supaya kembali ke meja rundingan.

Hwasong-17
Peluru berpandu balistik “”Hwasong-17” Korea Utara

 

Awal bulan lepas, Korea Selatan mengerah 30 buah pesawat pejuangnya selepas 12 buah pesawat pejuang dan pesawat pengebom Korea Utara menghampiri sempadannya, dalam apa yang penganalisis ketenteraan sifatkan sebagai suatu insiden yang jarang-jarang berlaku.

Insiden itu berlaku tidak lama selepas Korea Utara melancarkan dua butir peluru berpandu ballistik ke arah Laut Jepun, yang merupakan pelancaran keenam di dalam tempoh dua minggu.

Ketegangan di Semenanjung Korea memuncak sejak kebelakangan ini berikutan tindakan rejim Pyongyang melancarkan peluru berpandu ballistik, menyebabkan Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun untuk melancarkan latihan membabitkan beberapa kapal perangnya termasuk kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan.

“Latihan laut ini memfokuskan kepada usaha mengesan,menjejak dan memintas sasaran berdasarkan kepada maklumat berkenaan peluru berpandu ballistik Korea Utara,” menurut kenyataan daripada tentera Amerika Syarikat.

Pada mulanya,kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat itu bersama-sama kapal pengiringnya telah meninggalkan Korea Selatan tetapi terpaksa melakukan “u-turn” dan melaksanakan “latihan bersama” dengan Korea Selatan dan Jepun selepas Pyongyang melancarkan peluru berpandu.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pihak tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan turut melancarkan enam butir peluru berpandu ke Laut China Timur tetapi salah satu daripada peluru berpandu itu menghadapi masalah dan meletup.

Sejak daripada awal tahun, Korea Utara telah melancarkan kira-kira 40 butir peluru berpandu ballistik, kebanyakkannya berkemampuan membawa peledak nuklear.

Dalam pelancaran terakhir, peluru berpandu Korea Utara itu terbang sejauh lebih 4,600km melintasi ruang udara wilayah Aomori dan Hokkaido, menyebabkan pihak berkuasa tempatan memindahkan penduduk. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...