Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Komando 21 GGK, KOPASSUS Akhiri “Eks HARIMAU SATYA” Di Indonesia

Eksesais HARIMAU SATYA  merupakan Eks Bilateral tahunan di antara TDM dan TNI-AD yang melibatkan dua ketumbukan utama iaitu 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) dan Komando Pasukan Khusus Tentera Nasional Indonesia- Angkatan Darat (KOPASUS TNI-AD). 

0 1,331

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota komando daripada 21 Grup Gerak Khas (21 GGK) dan Komando Pasukan Khusus Tentera Nasional Indonesia- Angkatan Darat (KOPASSUS TNI-AD) telah melaksanakan eksesais bilateral tahunan dinamakan “Eksesais HARIMAU SATYA.”

Menurut posting FB Tentera Darat Malaysia, eksesais itu berlangsung di PUSDIKLATPASSUS, Batujajar, Bandung. 

Eksesais itu telah berlangsung selama 10 hari bermula 12 hingga 21 Sep 2023 yang berkonsepkan Cross Training Exercise (CTX) dan Field Training Exercise (FTX) Operasi Sniper Pasukan Khusus.

Eksesais HARIMAU SATYA  merupakan Eks Bilateral tahunan di antara TDM dan TNI-AD yang melibatkan dua ketumbukan utama iaitu 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) dan Komando Pasukan Khusus Tentera Nasional Indonesia- Angkatan Darat (KOPASUS TNI-AD). 

Manakala 21 GGK telah diwakili oleh tiga pegawai dan 20 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dengan diketuai oleh Ketua Skuadron Sniper Khusus, Lt Kol Muhamad Nor Ishak. 

Komando
(Tentera Darat)
Komando
(Tentera Darat)
Komando
(Tentera Darat)

 

Di antara latihan yang dilaksanakan adalah Latihan Menembak Pelbagai Kedudukan, Latihan Ketepatan Menembak Senjata Sniper, Latihan Multitarget Sniper, Latihan Aturgerak Operasi Sniper Khusus, Drill Ops Raid, Team Rapid Assault Training dan Latihan Terjun Bebas.

Eksesais ini membolehkan peserta berkongsi pengetahuan dan pengalaman demi meningkatkan kemahiran memimpin serta merancang pelaksanaan Atur Gerak Operasi Sniper dalam kalangan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di samping mengukuhkan hubungan professional ketenteraan diantara Malaysia dan Indonesia.

Majlis Penutup Eks Harimau Satya Siri 10/23 telah disempurnakan oleh Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah dan turut dihadiri oleh Danjen KOPASSUS iaitu Mayor Jenderal TNI Deddy Suryadi S. IP. 

Komando
(Tentera Darat)
Komando
(Tentera Darat)
Komando
(Tentera Darat)

 

Tahun lepas, anggota komando daripada kedua-dua negara itu turut terlibat dalam Eksesais HARIMAU SATYA 9/22 di Teluk Murai, Kem Seri Iskandar, Mersing.

Eksesais berkonsepkan Cross Training Exercise (CTX) dan Field Training Exercise (FTX) atur gerak operasi sniper terhadap Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) ini berlangsung selama 10 hari mulai 14 hingga 22 Sep 2022. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...