Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Britain Berkeras Mahu Jerman Luluskan Penjualan Eurofighter Typhoon Pada Arab Saudi

Perdana Menteri Britain Rishi Sunak diberitakan mahu Jerman meluluskan penjualan pesawat pejuang itu sebelum Putera Mahkota Arab Saudi Mohamed bin Salman tiba di Britain untuk melakukan lawatan rasmi tidak lama lagi, sebagaimana didakwa oleh media-media Britain.

0 4,082

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Perdana Menteri Britain Rishi Sunak dilaporkan terpaksa meminta secara peribadi kepada Canselor Jerman Olaf Scholz supaya memberikan persetujuan terhadap penjualan pesawat pejuang 48 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Arab Saudi bernilai kira-kira 5 bilion pound kepada Arab Saudi.

Sunak diberitakan mahu Jerman meluluskan penjualan pesawat pejuang itu sebelum Putera Mahkota Arab Saudi Mohamed bin Salman tiba di Britain untuk melakukan lawatan rasmi tidak lama lagi, sebagaimana didakwa oleh media-media Britain.

Lawatan rasmi Putera Mahkota Arab Saudi yang merupakan pemimpin de facto negara Arab itu dijangka berlaku pada akhir tahun ini, sebagaimana dinyatakan oleh kedutaan negara itu.

Pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu dibina oleh konsortium yang terdiri daripada syarikat-syarikat pertahanan United Kingdom, Jerman, Itali dan Sepanyol.

Setiap negara membina komponen tertentu pesawat pejuang.

Typhoon
Pesawat Eurofighter Typhoon Tentera Udara Arab Saudi.

 

Penjualan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu memerlukan kesemua negara-negara konsortium pembina itu.

Cadangan penjualan 48 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Riyadh berhadapan masalah pada 2018 selepas kerajaan Jerman menggantung penjualan sebarang senjata kepada Arab Saudi berikutan kejadian penculikan dan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Urusniaga penjualan pesawat Eurofigher Typhoon kepada Arab Saudi itu berhadapan rintangan apabila mahkamah British pada 2019 mengharamkan sebarang eksport senjata kepada negara Arab itu kerana tindakan tenteranya mengebom Yemen.

Bagaimanapun, berikutan gencatan senjata dicapai di Yemen, Britain kini mahu meneruskan penjualan 48 buah pesawat Eurofighter Typhoon itu kepada Arab Saudi.

Namun usaha London menjual pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu berhadapan masalah tentangan daripada kerajaan di Berlin.

Typhoon
Pembunuhan wartawan Arab Saudi,Jamal Khashoggi telah menyebabkan United Kingdom dan Jerman menggantung penjualan pesawat pejuang Typhoon pada Riyadh.

 

London menyatakan Jerman tidak lagi mempunyai alasan untuk menghalang penjualan pesawat pejuang Eurofighter itu selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun lepas memeterai perjanjian gencatan senjata antara Arab Saudi dan Yemen.

Lima tahun lepas, Arab Saudi dan Britain menandatangani Memorandum Niat (Memorandum of Intent) mengenai hasrat negara Arab itu untuk membeli 48 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon, bagi menambah pesawat pejuang itu yang sudah pun berada di dalam pegangannya.

Namun sehingga ini, negara Arab itu masih tertunggu-tunggu sama ada hasratnya untuk memperolehi pesawat pejuang itu akan dapat direalisasikan atau tidak.

typhoon

Perolehan itu sekiranya berjaya dilaksanakan, akan menjadikan keseluruhan jumlah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon Arab Saudi kepada 120 buah, memandangkan Riyadh telah pun memiliki 48 buah pesawat pejuang generasi itu.

Kerajaan Jerman bercadang untuk meneruskan penjualan pesawat pejuang itu tetapi beberapa parti politik di negara itu yang membentuk kerajaan campuran negara itu iaitu Parti Hijau dan sebahagian daripada parti SPD membantah cadangan itu.

 “Kerajaan Pusat (Jerman) tidak boleh bersetuju terhadap penjualan itu (pesawat Eurofighter Typhoon) itu dalam apa cara sekalipun,” jurucakap dasar pertahanan negara itu dan anggota parti Hijau Sara Nanni. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...