Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

James Shoal (Beting Serupai) Simpan 93 Bilion Tong Minyak

Beijing tetap mendakwa James Shoal itu sebagai miliknya walaupun beting dengan kedalaman 22 meter di bawah laut itu terletak hanya 83 kilometer daripada barat laut Bintulu, Sarawak dan berada di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia.

0 3,633

(DEFENCE SECURITY ASIA) – James Shoal atau Beting Serupai sering dimomokkan oleh mesin propaganda China sebagai wilayah miliknya  yang terletak di kedudukan paling selatan Laut China Selatan mengikut garisan “Nine Dash Line” yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat dunia.

Beijing tetap mendakwa James Shoal itu sebagai miliknya walaupun beting dengan kedalaman 22 meter di bawah laut itu terletak hanya 83 kilometer daripada barat laut Bintulu, Sarawak dan berada di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia.

Jarak James Shoal dengan tanah besar China pula adalah hampir 2,000km.

Walaupun terletak hampir 2,000km daripada tanah besar China, ia tidak menghalang Beijing untuk mengerah kapal-kapal pengawal pantainya untuk melakukan rondaan dengan kerap di James Shoal, seolah-oleh menunjukkan kepada Malaysia bahawa ia tidak mahu “melepaskan” beting itu.

Tahun lepas, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Michael R. Pompeo menegaskan bahawa China tidak mempunyai hak untuk menuntut James Shoal sebagai wilayah paling selatan negara itu.

James Shoal
Kedudukan James Shoal

 

“Undang-undang antarabangsa telah jelas menyatakan muka bumi tersebut tidak boleh dituntut oleh mana-mana negara kerana ianya tidak memenuhi ciri-ciri untuk membentuk zon maritim,

“Beting ini terletak 20 meter di bawah paras permukaan laut dan ianya tidak serta tidak pernah menjadi sebahagian daripada perairan China,” katanya.

Apa yang menarik dengan James Shoal di mata China, sehingga ia meletakkan kapal-kapal pengawal pantainya secara tetap berhampiran beting itu?

Jawapan terhadap persoalan itu mungkin berkaitan dengan apa yang terkandung di dalam dasar laut di sekitar perairan James Shoal itu?

Di dasar James Shoal itu tersimpan khazanah minyak dan gas yang amat banyak, tetapi berapa banyak sumber asli yang tersimpan di dalam  perut beting itu?

China
Kapal Pengawal Pantai China.

 

Disember lepas, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan bahawa hasil kajian oleh seorang saintis dalam sebuah buku berkenaan James Shoal menganggarkan beting itu menyimpan rizab minyak sebanyak 93 billion tong.

Jika benar dasar James Shoal itu mengandungi 93 bilion tong minyak, maka sudah pasti ia adalah antara kawasan simpanan minyak/gas paling besar di dunia (boleh bersaing dengan apa yang terkandung di bumi Arab Saudi, Iraq atau Iran).

Abang Johari menyifatkan James Shoal itu sebagai “lubuk emas” untuk Sarawak dan sedang mengkaji bagaimana cara terbaik untuk meneroka sumber asli yang terdapat di dasar beting itu.

Petronas

“James Shoal merupakan kawasan yang berpotensi hasil sumber asli, sama ada ia telah diterokai atau belum, mungkin ada, saya tidak tahu dan tiada maklumat lanjut (kerana) saya cuma baca dari buku. Jadi kita lihat keadaan dahulu macam mana (untuk meneroka James Shoal),” kata beliau.

Berapakah nilai 93 billion tong minyak di dasar James Shoal sebagaimana di dakwa oleh Ketua Menteri Sarawak itu? Ia mungkin bernilai ratusan billion Dollar Amerika mengikut harga pasaran semasa..

Mungkin atas sebab itulah, China beria-ia mengaku bahawa James Shoal atau Beting Serupai itu adalah miliknya kerana ia juga tahu bahawa beting itu merupakan “lubuk emas”, yang sekiranya berjaya dieksploitasi, mampu memacu China lebih ke hadapan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...