Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat JF-17 Block 3 Miliki DNA J-20 “Mighty Dragon” Perkuat Pakistan

Pesawat JF-17 Block 3 yang memiliki DNA pesawat pejuang Gen-5 China J-20 "Mighty Dragon" merupakan varian terkini dan paling berkemampuan pesawat itu, telah ditauliahkan ke dalam Skuadron  16 Tentera Udara Pakistan yang juga dipanggil " Black Panther."

0 3,568

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hanya setahun selepas ia mentauliahkan pesawat J-10C yang diterimanya daripada China, Tentera Udara Pakistan dikatakan telah mentauliahkan pula varian termaju pesawat JF-17 Block 3 yang dibangunkan oleh Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan Chengdu  Aircraft  Industry Group (CAIG) baru-baru ini.

Pesawat JF-17 Block 3 yang memiliki DNA pesawat pejuang Gen-5 China J-20 “Mighty Dragon” merupakan varian terkini dan paling berkemampuan pesawat itu, telah ditauliahkan ke dalam Skuadron  16 Tentera Udara Pakistan yang juga dipanggil ” Black Panther.”

Skuadron 16 Tentera Udara Pakistan itu didakwa kini memiliki 12 buah pesawat generasi 4.5 JF-17 Block 3 dalam pegangannya dan bilangan itu dijangka bertambah dalam tahun-tahun akan mendatang ini.

JF-17

Pesawat-pesawat terbaru JF-17 Block 3 yang lebih moden dan berkeupayaan kerana ia dilengkapi dengan teknologi pesawart pejuang J-20 telah dibangunkan sejak dua tahun lepas serta disifatkan oleh penganalisis pertahanan Pakistan sebagai “game changer” dalam persaingan udara negara itu dengan musuh tradisinya, India.

Pesawat pejuang ringan JF-17 Block 3 itu bakal memberikan Tentera Udara Pakistan kelebihan berbanding India dan ini semua mampu dilakukan oleh negara Asia Selatan itu hasil bantuan “rakan karibnya” pada ketika ini iaitu China.

 

Secara keseluruhannya, tentera udara Pakistan bakal memiliki kira-kira 50 buah pesawat JF-17 Block 3 menjelang tahun 2024, bagi menambah pegangan 98 buah pesawat JF-17 Block 1 dan JF-17 Block 2 pada ketika ini.

J-20
Pesawat pejuang generasi kelima, J-20 “Mighty Dragon” milik China

 

Antara kemampuan terbaru JF-17 Block 3 berbanding JF-17 Block 2 adalah pesawat varian termaju JF-17  Block 3 itu dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “KLJ-7A” yang dibangunkan oleh syarikat teknologi China iaitu China Electronics Technology Group.

Penganalisis tentera China mendakwa radar AESA KLJ-7A adalah setanding dengan radar AN/APG-81 yang dimiliki oleh pesawat pejuang generasi kelima Amerika Syarikat, F-35 dan radar N036 phased array radar yang digunakan oleh pesawat Su-57 Russia.

JF-17
Radar AESA KLJ-7A buatan syarikat China

 

 

Radar N011 “Snow Leopard” passive phased array yang digunakan oleh pesawat Su-30MKI India juga jauh ketinggalan berbanding radar yang digunakan oleh pesawat JF-17 Block 3, sebagaimana didakwa oleh pakar pertahanan China.

Varian terbaru pesawat JF-17 Block 3 itu juga menggunakan Wide-Angle Holographic Head-Up Display sebagaimana yang digunakan oleh pesawat generasi ke-lima China, J-20 “Mighty Dragon.”

Peningkatan keupayaan varian terbaru pesawat JF-17 Block 3 juga menyaksikan ia dilengkapi dengan Infra Red Missile Approach Warning System, sistem sensor yang terletak di intake udara pesawat sama seperti yang digunakan oleh pesawat J-10C milik China.

J-10
Pesawat J-10 China

 

Tahun lepas, Pakistan mengesahkan bahawa ia telah memperolehi pesawat J-10C daripada China bagi mengimbangi peningkatan keupayaan udara India yang terlebih dahulu memperolehi pesawat pejuang Rafale dan Sukhoi Su-30MKI.

Pesawat J-10C adalah pesawat pejuang generasi 4.5 dan dikatakan adalah lebih berkemampuan berbanding JF-17.

JF-17
JF-17 Block 3

 

Bagi sistem persenjataan udara-ke-udara pula, pesawat JF-17 Block 3 ini akan dilengkapi dengan dua jenis peluru berpandu iaitu PL-10 yang turut digunakan oleh pesawat termoden China, J-20 “Mighty Dragon.”

Peluru berpandu udara-ke-udara “PL-10” adalah peluru berpandu jarak dekat yang setanding dengan peluru berpandu AIM-9X buatan Amerika Syarikat.

Satu lagi peluru berpandu udara-ke-udara yang melengkapkan pesawat JF-17 Block 3 adalah “PL-15” yang memiliki jarak operasi sejauh 200km hingga 300km, memberikan kelebihan berbanding peluru berpandu udara-ke-udara dimiliki oleh pesawat-pesawat India.

JF-17
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat PL-10E

Pesawat-pesawat JF-17 milik Tentera Udara Pakistan akan menggantikan pesawat pejuangnya miliknya yang telah pun berusia dan tidak lagi berkemampuan menyaingi pesawat pejuang India seperti Chengdu F-7 dan Mirage III/V. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...