Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Arah Tenteranya Siap-Sedia “Tembak Jatuh” Roket Bawa Satelit Pengintip Korea Utara

Menyusuli pengumuman bahawa Korea Utara akan melancarkan satelit pengintipnya yang pertama tidak lama lagi, Jepun mengarahkan supaya tenteranya bersedia untuk menembak jatuh roket membawa satelit Pyongyang itu atau sebarang serpihan roket yang berkemungkinan jatuh ke wilayahnya.

0 1,271

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Beberapa hari yang lalu, Korea Utara mengumumkan bahawa ia sudah membina satelit pengintipnya yang pertama dan kini bersedia untuk melancarkan satelit terbabit ke orbit di dalam jangkamasa terdekat ini.

Hari ini, Jepun pula menyatakan ia bersedia untuk menembak jatuh roket yang digunakan oleh Korea Utara untuk membawa satelit pengintip itu ke orbit.

Menteri Pertahanan Jepun Yasukazu Hamada memberitahu  tentera Jepun supaya membuat persediaan kerana beliau boleh mengarah untuk memusnahkan peluru berpandu balistik yang digunakan untuk mengangkut satelit pengintip Pyongyang itu.

Satelit

Pihak tentera Jepun juga telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk apa-apa serpihan yang jatuh ke dalam wilayah Jepun hasil daripada pelancaran satelit pengintip oleh Korea Utara itu.

Tokyo juga akan mengerahkan sistem pertahanan udara Patriot Advanced Capability-3 dan kapal-kapal perangnya  dilengkapi sistem AEGIS yang dilengkapi dengan sistem peluru berpandu, Standard Missile-3 (SM-3) untuk mengawasi kawasan perairan dan ruang udara negara itu.

Pada Rabu lepas, pemimpin Korea Utara Kim Jong-un mengatakan bahawa negara itu telah berjaya menyiapkan satelit pengintipnya yang pertama dan mengarahkan pengawai-pegawainya supaya bersedia untuk melancarkan satelit itu ke orbit.

Beliau berkata pemilikan dan pengoperasian satelit pengintip adalah amat penting bagi Korea Utara untuk menangani ancaman daripada Amerika Syarikat dan Korea Selatan, serta melahirkan komitmen untuk melancarkan beberapa lagi satelit pengintip susulan pelancaran satelit yang pertama itu.

Jepun
Menteri Pertahanan Jepun Yasukazu Hamada

 

Pelancaran beberapa lagi satelit pengintip susulan menurut beliau akan meningkatkan lagi kemampuan pengumpulan maklumat perisikan oleh Korea Utara, katanya.

Pada Disember yang lalu, Pyongyang menyatakan bahawa ia telah melakukan “fasa terakhir” dalam pembangunan satelit pengintipnya yang pertama dan menjangkakan kerja-kerja pembangunan satelit itu akan selesai pada April 2023.

“Mendapatkan maklumat perisikan yang cepat dan tepat tentang senario musuh-musuh adalah perkara yang paling penting,” kata Kim Jong-un sebagaimana dipetik oleh media negara itu.

Meletakkan satelit ke orbit memerlukan roket jarak jauh, sesuatu yang Korea Utara tidak mempunyai masalah untuk melaksanakannya.

Sejak awal tahun ini, Pyongyang telah melancarkan lebih daripada 30 buah peluru berpandu ballistik sama ada jarak dekat atau jarak jauh termasuk yang terkini pada minggu lepas apabila ia melancarkan peluru berpandu ballistik antara benua (ICBM) menggunakan bahan api pepejal (solid fuel).

Patriot
Sistem pertahanan udara “Patriot”

 

ICBM adalah Inter Continental Ballistic Missile dan berkemampuan mencapai jarak berbelas ribu kilometer.

Walaupun Korea Utara berupaya untuk melancarkan roket bagi membawa satelitnya ke orbit, tetapi apa yang dipersoalkan oleh penganalisis ketenteraan antarabangsa adalah kemampuan satelitnya itu untuk menghantar imej-imej berkualiti bagi digunakan oleh pihak tentera negara itu.

Mereka tidak pasti sama ada Korea Utara memiliki kemampuan untuk membangunkan kamera-kamera canggih untuk dilengkapkan pada satelit pengintip itu.

Pada 2016, Pyongyang telah melancarkan dua buah satelit pengawasan bumi (earth observation satellites), tetapi satelit terbabit gagal menghantar sebarang imej ke stesen buminya. — DSA  

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...