Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Satelit Rakam Kehadiran Kapal-Kapal Selam Di Laut China Selatan

Namun, "pesta" di Laut China Selatan  itu turut berlaku di bawah permukaan perairan itu melibatkan kapal-kapal selam.

0 3,732

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam admin menulis tentang “pesta” yang sedang berlaku di Laut China Selatan berikutan kehadiran pelbagai jenis kapal-kapal perang permukaan (surface combatants) sama ada daripada China atau Amerika Syarikat di perairan penting itu.

Namun, “pesta” di Laut China Selatan  itu turut berlaku di bawah permukaan perairan itu melibatkan kapal-kapal selam.

Ohio
Satelit komersil  (OSINT) berjaya merakam kehadiran sebuah kapal selam sepanjang 170 meter dipercayai kelas-Ohio milik Amerika Syarikat yang berkuasa nuklear di Laut China Selatan. (planetlabs)

 

Bilangan kapal-kapal perang yang tinggi di Laut China Selatan pada ketika ini adalah kerana kapal pengangkut pesawat China, “Liaoning” sedang mengadakan latihan di perairan itu bersama-sama empat kapal pengiringnya.

“Kesibukan” di Laut China Selatan akibat kedatangan Theodore Roosevelt Carrier Strike Group (3 buah kapal) dan Makin Island Amphibious Ready Group (3 buah kapal) ke perairan itu.

Hari ini, admin juga mendapat maklumat bahawa tentera laut Taiwan turut mengerah sebuah kapal frigetnya daripada kelas-Cheng Kung ke Laut China Selatan untuk “shadow” kapal pengangkut pesawat China, “Liaoning” dan kapal-kapal pengiringnya.

Sementara itu, satelit-satelit komersial (OSINT) telah mengesan pergerakan beberapa kapal selam di Laut China Selatan, yang hanya mengesahkan jangkaan admin bahawa keadaan di bawah permukaan air di perairan itu pada ketika ini juga adalah agak sibuk.

Admin jangkakan  China dan Amerika Syarikat turut mengerah kapal-kapal selam berkuasa nuklear mereka ke Laut China Selatan.

Kapal selam
Satelit komersil merakam kapal selam sedang belayar di Laut China Selatan.(planetlabs)

 

Kapal-kapal selam sama ada Type 094 kelas-“Jin” daripada China atau kelas-“Ohio” Amerika Syarikat berkemungkinan juga adalah aset-aset tentera laut negara masing-masing yang ditugaskan untuk mengiringi samada “Liaoning”atau USS Theodore Roosevelt.

Dalam satu imej yang berjaya dicerap oleh satelit, dianggarkan panjang kapal selam itu adalah 172 meter yang hampir menyamai panjang kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat daripada kelas-Ohio yang memiliki panjang 170 meter.

Kapal selam Type 094 kelas-“Jin” China pula hanya memiliki panjang sebanyak 133 meter.

Kelas Jin
Kapal selam Type 094 kelas Jin milik China.

 

Imej satelit yang lain pula menunjukkan sebuah kapal selam yang tidak diketahui milik negara belayar di dalam keadaan timbul di permukaan di Laut China Selatan.

Jika benar imej yang berjaya dirakam satelit itu adalah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Ohio sedang menjalankan operasi di Laut China Selatan, ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana pada Februari lepas pihak Amerika Syarikat mengeluarkan gambar yang menunjukkan kapal selam itu terlibat dalam latihan di Pulau Okinawa, Jepun.

Pulau Okinawa dengan Laut China Selatan ini pun tak berada jauh.

Untuk maklumat semua, di dalam perut kapal selam kelas-Ohio Tentera Laut Amerika Syarikat tersimpan sejumlah 154 peluru berpandu Tomahawk dan setiap satu peluru berpandu itu membawa 1,000 pound kepala peledak konvensional.

Admin jangkakan berkemunkinan besar pada ketika ini, terdapat permainan “kucing dan tikus” (cat and mouse game) di bawah permukaan air di Laut China Selatan melibatkan kapal-kapal selam Type 094 kelas “Jin” dan kelas-Ohio atau kapal-kapal selam daripada Jepun, Taiwan, Korea Selatan atau Perancis.

Badan pemantau akademik China, SCS Probing Initiative hari ini turut melaporkan kehadiran empat buah pesawat peronda maritim/ASW P-8A Poseidon dan EP-3E Aries II milik Tentera Laut Amerika Syarikat di utara Pulau Luzon/Bashi Channel, berkemungkinan berhampiran di mana Liaoning dan kapal-kapal pengiringnya sedang beroperasi.

Mungkin kehadiran mereka bertujuan mengesan kapal-kapal selam China yang dipercayai berada di kawasan terbabit.

Luzon
Kehadiran empat pesawat peronda maritim/ASW Poseidon P8-A dan EP-3E Aries II di utara Luzon/Bashi Channel. (SCS Probing Initiative)

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...