Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Terokai Teknologi Satelit Untuk Pertahanan Negara -ATM

Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Laksamana Muda Datuk Shamsuddin Ludin berkata pembangunan teknologi satelit itu bagi sistem pertahanan negara termasuk aset persenjataan, perlu menggunakan kepakaran tempatan bagi memastikan ia selamat untuk pertahanan negara.

0 2,184

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Aplikasi teknologi satelit dalam sistem pertahanan negara perlu diteroka dengan lebih mendalam, memandangkan banyak negara di dunia khususnya kuasa-kuasa besar dunia telah pun mengaplikasikan teknologi satelit dalam sistem pertahanan negara mereka. 

Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Laksamana Muda Datuk Shamsuddin Ludin berkata pembangunan teknologi satelit itu bagi sistem pertahanan negara termasuk aset persenjataan, perlu menggunakan kepakaran tempatan bagi memastikan ia selamat untuk pertahanan negara.

“Jika dilihat dalam perspektif analisis pertahanan dunia, berlaku peningkatan keupayaan persenjataan. Sejauh mana ia dilaksanakan (termasuk penggunaan senjata satelit), kita tidak arif, memandangkan semua pihak bercerita mengenai sejagat yang aman.

“Justeru, penting kita pastikan penggunakan (teknologi) satelit itu selamat termasuk maklumat yang disalurkan dan ciri keselamatan yang digunakan. Kita perlu tentukan dan pastikan teknologi itu kita sendiri (bangunkan), bukan dari negara asing,” katanya sebagaimana dipetik oleh Bernama selepas merasmikan Hari Kesedaran Satelit di Kompleks Haigate ATM di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kuasa besar dunia khususnya China yang mengaplikasikan teknologi satelit untuk sistem pertahanan mereka. 

sATELITE
Kredit MINDEF

 

Dalam usaha bergerak ke arah itu, Shamsuddin berkata ATM akan memberi input kepada Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MYSA), untuk diberi perhatian dalam Dasar Angkasa Negara 20230 (DAN 2030).

“ATM akan menyokong usaha MYSA dalam memperkenalkan teknologi berasaskan satelit yang baharu dalam sistem pertahanan negara, malah kita yakin, agensi itu juga sudah bergerak ke arah itu.

“Kami sendiri mempunyai wakil dalam agensi itu dan akan memberi input ATM untuk diberi perhatian dan dibawa ke dalam DAN 2030,” katanya. 

 Ketika Malaysia East Asia Satellite (MEASAT-3d) di Kouru, French Guyana, Amerika Selatan dilancarkan pada Jun tahun lepas delegasi  dari Bahagian Siber dan Elekromagnetik Pertahanan (BSEP) ATM turut hadir.

Satelit berkenaan yang dilancarkan pada  jam 6.50 petang waktu tempatan, 22 Jun 2022 (5.50 pagi waktu Malaysia).

Satelit
Kredit MINDEF

 

Kehadiran mereka adalah di bawah obligasi Program Ofset Kontrak The Lease of Secure Satellite Communication Channel for Malaysian Armed Forces bersama Firma Airbus Defense & Space yang telah dimulai dengan lawatan ke Pameran Pertahanan dan Keselamatan terkemuka dunia iaitu Eurosatory 2022. 

delegasi turut dijemput oleh pihak Airbus Defense & Space untuk melihat fasiliti teknologi angkasa Airbus di Paris dan Toulouse termasuk lawatan di Satellite Assembly, Integration and Testing (AIT), Clean Room yang berperanan penting dalam pembangunan, pembinaan, ujian satelit dan teknologi angkasa lepas serta Satellite Operations Centre (SOC). 

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

 

Sepanjang aktiviti ini, wakil firma telah memberikan penerangan secara terperinci bagaimana sesebuah satelit komunikasi dibina dan diuji bagi memastikan ianya dapat beroperasi dengan baik di dalam ‘extreme environment’ di angkasa lepas. 

Kesempatan ini turut menjadi ruang kepada kedua-dua pihak dalam berbincang serta bertukar pandangan mengenai keupayaan satelit komunikasi MEASAT 3d dan peperangan elektronik yang telah dan sedang dibangunkan oleh pihak Airbus dan bagaimana ianya boleh dimanfaatkan oleh pihak ATM sepenuhnya. — DSA

 

Comments
Loading...