Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Generasi Kelima J-20 “Mighty Dragon” Kini Dilengkapi Enjin Baru Lebih Berkuasa

Dengan enjin baru, WS-15, ia membuka lebih banyak kemungkinan strategik kepada pesawat-pesawat J-20 milik China termasuk membolehkannya untuk menjalankan rondaan lebih lama, berada di udara lebih lama untuk tugas-tugas pertahanan udara serta membolehkan ia melaksanakan misi serangan udara terhadap Taiwan daripada kawasan timur China.

4,485

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu, pesawat pejuang generasi kelima China, J-20 “Mighty Dragon” telah melakukan penerbangan sulung menggunakan dua enjin baru yang lebih berkuasa dan membolehkannya terbang lagi jauh serta berada lebih lama di udara.

Bertempat di kemudahan syarikat pembuat pesawat itu, Chengdu Aircraft Industry Corporation (CAIC), pesawat J-20 itu melakukan penerbangan sulung dilengkapi dengan dua enjin terbaru yang akan menggantikan enjin lamanya, WS-10.

Dinamakan WS-15, enjin terbaru pesawat J-20 ini akan menggantikan secara berperingkat enjin WS-10 yang mula didedahkan kepada khalayak ramai pada tahun lepas selepas dibangunkan selama beberapa tahun.

J-20
Pesawat J-20 yang dikatakan dilengkapi dengan enjin WS-15.

 

Pesawat J-20 yang memiliki dua enjin itu dibangunkan untuk menyaingi pesawat pejuang generasi kelima Amerika Syarikat, F-22 “Raptor” yang juga memiliki dua enjin berbanding F-35 JSF yang hanya memiliki satu enjin.

Menurut para penganalisi pertahanan, walaupun kemampuan sebenar pesawat pejuang J-20 itu belum teruji tetapi ia tidak dapat dinafikan adalah pesawat pejuang generasi kelima yang baik dengan kemampuan enjin baru membolehkannya untuk beroperasi lebih lama (endurance) berbanding pesawat pejuang yang sama kelas dengannya.

Dengan enjin WS-15, ia akan membawa J-20 lebih ke depan berbanding pesawat-pesawat pejuang pesaingnya dari segi endurance.

Dengan enjin baru, WS-15, ia membuka lebih banyak kemungkinan strategik kepada pesawat-pesawat J-20 milik China termasuk membolehkannya untuk menjalankan rondaan lebih lama, berada di udara lebih lama untuk tugas-tugas pertahanan udara serta membolehkan ia melaksanakan misi serangan udara terhadap Taiwan daripada kawasan timur China.

Enjin terbaru WS-15 yang bakal digunakan oleh J-20 juga memungkinkan ia melakukan serangan-serangan udara terhadap kemudahan tentera Barat di Jepun tanpa perlu melakukan misi pengisian minyak di udara.

J-20

Dikatakan enjin WS-15 adalah enjin pesawat pejuang yang paling berkemampuan pernah diintegrasikan dengan pesawat pejuang dua enjin.(sekurang-kurangnya apabila dibandingkan dengan enjin-enjin pesawat pejuang buatan Russia seperti AL-41F dan D-30F-6).

Kuasa tujahan enjin WS-15 dikatakan mencecah di antara 19-20 tan berbanding enjin F119 yang digunakan oleh F-22 yang mencapai 17.5 kuasa tujahan.

Enjin WS-15 yang bakal digunakan oleh J-20 dibangunkan oleh Aero Enjine Corp of China (AECC).

Pemerhati ketenteraan China mengatakan bahawa enjin WS-15 akan melonjakkan lagi kemampuan pesawat J-20 itu, sekaligus mengurangan jurang kemampuan antara pesawat termoden Beijing itu dengan pesawat-pesawat “musuhnya.”

J-20
Enjin WS-15

 

Laporan oleh Jabatan Pertahanan Amerika sebelum ini mengatakan bahawa China tidak henti-henti berusaha meningkatkan lagi kemampuan pesawat J-20 termasuklah dengan melengkapkan enjinnya dengan teknologi “2D thrust vectoring control nozzle” serta kemampuan “super cruise”.

“Super Cruise” merujuk kepada kemampuan pesawat itu kekal terbang pada kelajuan supersonik tanpa menggunakan afterburner buat suatu tempoh tertentu, sekaligus menjimatkan lagi penggunaan bahan apinya dan memastikan ia berada lebih lama di udara.

Kemampuan “super cruise” akan hanya meningkatkan tahap halimunan pesawat J-20, sekaligus  mengurangkan jurang kemampuannya dengan pesawat F-22 Raptor.

Pesawat pejuang F-22 Raptor yang kini berpengkalan di Kaden di Okinawa itu telah pun menggunakan teknologi “thrust vectoring control nozzle” pada enjin  Pratt & Whitney F119-PW-100  sejak 20 tahun yang lalu. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

Comments are closed.