Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Perkenal Dron HALE (High Altitude Long Endurance) “Shaed-147”

Dengan panjang keseluruhan sayapnya mencecah 26 meter, dron Shaed-147 berkemampuan tinggi itu dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan berteknologi tinggi termasuk Synthetic Aperture Radar (SAR) bagi membolehkannya melaksanakan misi-misi pengawasan dan pemantauan. Shaed-147 dilengkapi dengan enjin turboprop.

3,233

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Industri pertahanan Iran telah menampilkan pesawat tanpa pemandu High Altitude Long Endurance (HALE) dinamakan “Shaed-147”, yang berkemampuan terbang setinggi 60,000 kaki dan berada di ruang udara untuk suatu tempoh yang lama.

Kehadiran dron Shaed-147 menunjukkan lagi komitmen Iran dan industri pertahanannya dalam membangunkan pesawat-pesawat tanpa pemandu berkemampuan tinggi.

Pihak Barat turut mengakui kemampuan dron-dron Iran terutama dron berani mati yang telah pun menunjukkan keberkesanannya di Ukraine.

Dengan panjang keseluruhan sayapnya mencecah 26 meter, dron Shaed-147 berkemampuan tinggi itu dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan berteknologi tinggi termasuk Synthetic Aperture Radar (SAR) bagi membolehkannya melaksanakan misi-misi pengawasan dan pemantauan.

Shaed-147 dilengkapi dengan enjin turboprop.Shaed-147

Dengan adanya kelengkapan SAR, dron Shaed-147 yang baru sahaja memasuki inventori angkatan tentera Iran itu mampu menghasilkan imej-imej beresolusi tinggi walaupun berhadapan dengan keadaan cuaca yang amat buruk.

Berkemampuan berada di altitude tinggi pada suatu tempoh yang lama, dron terbaru Iran sudah semestinya akan meningkatkan lagi kemampuan pengawasan dan perisikan Iran pada ketika ketegangan di rantau itu yang semakin memuncak.

Radius operasi dron Shaed-147 itu juga membolehkan ia melaksanakan tugas-tugas pengawasan dan perisikan di kawasan yang luas.

Buat masa ini, fungsi utama dron terbaru Iran itu adalah untuk tujuan Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR).

Baru-baru ini, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran telah mendedahkan kepada umum varian dron “Shahid-149 Gaza” yang telah dipertingkatkan kemampuannya buat pertama kalinya.

Shaed-147

Apa yang pasti rekabentuk dron “Shahid 149-Gaza” buatan industri pertahanan tempatan Iran itu hampir menyerupai keseluruhannya kepada dron terkenal “MQ-9 Reaper” buatan syarikat General Atomics, Amerika Syarikat.

Iran berkemungkinan membangunkan dron “Shahid 149-Gaza” hasil usaha reverse engineering pakar-pakar senjatanya selepas memperolehi bangkai dron buatan Amerika Syarikat yang berjaya ditembak jatuh oleh pihak-pihak yang bersekutu dengannya di medan peperangan.

Menurut Komander Barisan Pengawal Revolusi Iran Mejar Jeneral Hossein Salami dilapor berkata dron itu dinamakan “Gaza” bagi mengingati mereka yang berjuang menentang pendudukan haram Zionis.

Dron “Shahid-149 Gaza” telah direkabentuk oleh Shahed Aviation Industries dan dibina oleh Iran Aircraft Manufacturing Industries Corporation (HESA) dan telah didedahkan kepada umum buat pertama kali pada 2021.

Selain sistem persenjataan, dron itu juga boleh membawa pelbagai sistem lain seperti peralatan elektro-optik, kamera resolusi tinggi, sistem infra-red,laser designation dan laser illumination bagi menjadikannya ia salah satu dron paling canggih Iran.

Menurut media tempatan Iran, dron terbabit berkemampuan berada di udara selama 35 jam, meliputi 7,000km dalam satu-satu misi.

Gaza
Dron Gaza

 

Ia boleh terbang selaju 350km sejam menggunakan enjin 750 kuasa kuda.

Pihak tentera Iran menggunakn dron itu untuk tugas Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR), tetapi dengan hardpoints menunjukkan ia juga boleh dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan untuk tugasan kombat.  

Dron “Shahid-149 Gaza” dibangun untuk menggantikan dron terdahulu “Shahed 129” yang digunakan oleh Pengawal Revolusi Iran sejak 2012. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: [email protected]

 

 

Comments are closed.