Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Pertingkat Pembinaan “Yasen”, Kapal Selam Nuklear Paling Berbahayanya

Menurut laporan media Russia, terdapat lima lagi buah kapal selam nuklear kelas-Yasen sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan di limbungan kapal milik Sevmash, yang merupakan satu-satunya pihak yang bertanggungjawab membina kapal-kapal selam nuklear di Russia.

0 5,225

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia telah meningkatkan lagi pembinaan kapal selam nuklear kelas-Yasen, yang cukup dikenali oleh Washington sebagai kapal selam milik negara itu yang sering “menonjolkan kehadirannya” di perairan berhampiran Amerika Syarikat akhir-akhir ini.

Menurut laporan media Russia, terdapat lima lagi buah kapal selam nuklear kelas-Yasen sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan di limbungan kapal milik Sevmash, yang merupakan satu-satunya pihak yang bertanggungjawab membina kapal-kapal selam nuklear di Russia.

Kelima-lima buah kapal selam kelas-Yasen yang sedang dibina pada ketika ini adalah – “Arkhangelsk”, “Perm”, “Ulyanovsk”, “Voronezh” dan “Vladivostok”,  dengan kesemua kapal selam ini dijangka memasuki perkhidmatan di antara tahun depan hingga tahun 2028.

Bulan ini, Sevmash dijangka akan melancarkan K-564 Arkhangelsk, kapal selam nuklear kelas-Yasen yang terbaru untuk Tentera Laut Russia.

Kesemua kapal-kapal selam nuklear kelas-Yasen terbabit sedang dibina walaupun Russia sedang berhadapan dengan sekatan ekonomi yang ketat dikenakan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Kapal Selam
Kapal selam nuklear kelas-Yasen

 

Sekatan ekonomi dan kewangan itu tidak dapat dinafikan telan menjejaskan ekonomi Russia.

Namun di dalam bidang pertahanan dan ketenteraan, ia tidak menjejaskan malah Russia dilaporkan telah meningkatkan belanjawan tahunan pertahanan kepada US$62 bilion (RM279 bilion) pada ketika hubungan di antara Moscow dan Washington tegang akibat konflik di Ukraine.

Secara keseluruhannya, Tentera Laut Russia bakal memiliki 12 buah kapal selam nuklear kelas-Yasen di dalam tempoh beberapa tahun ini, dengan medan yang bakal ia berkhidmat adalah di Armada Utara dan Armada Pasifik.

Pada ketika ini,tiga buah kapal selam kelas-Yasen iaitu

Enam buah kapal selam kelas-Yasen akan berkhidmat di Zapadnaya, Litsa di Armada Utara manakala enam buah lagi akan berkhidmat di Vilyuchinsk di Armada Pasifik.

Laporan media Russia tentang pembinaan lima buah lagi kapal selam kelas-Yasen mungkin akan “memeningka” Amerika Syarikat yang telah pun menyuarakan kebimbangan tentang peningkatan kekerapan kapal-kapal selam nuklear kelas-Yasen “menonjolkan kehadirannya” di perairan berhampiran dengannya.

Pegawai-pegawai kanan tentera laut Amerika Syarikat menyuarakan “kebimbangan” mereka tentang peningkatan kekerapan “kemunculan” kapal-kapal selam berkuasa nuklear Russia di kawasan perairan pesisir negara itu sejak kebelakangan ini.

Severodvinsk
Kapal selam kelas-Yasen “Severodvinsk” sedang melancarkan peluru berpandu.

 

Sebagaimana dilaporkan oleh media Amerika Syarikat, peningkatan kekerapan kemunculan kapal-kapal selam berkuasa nuklear Russia di pesisir Amerika Syarikat  sebagaimana dinyatakan oleh pegawai kanan tentera negara itu,  sememangnya mengancam keselamatan negara ini.

Menurut pegawai-pegawai tentera Amerika Syarikat, peningkatan kekerapan “kemunculan” kapal-kapal berkuasa nuklear Russia di pesisir negara itu berlaku, walaupun Moscow sedang berhadapan dalam konflik dengan Ukraine.

Pengarah Russia Maritime Studies Institute (RMSI) Michael Peterson yang pakar berkenaan kemampuan maritim Russia berkata terdapat banyak petanda bahawa Russia telah meningkatkan kerahan kapal-kapal selam berkuasa nuklearnya ke kawasan perairan pesisir Amerika Syarikat.

Kerahan kapal-kapal selam konvensional dan berkuasa nuklear itu bukan sahaja disasarkan kepada kawasan-kawasan pesisir  Amerika Syarikat tetapi juga di Mediterranean dan juga di sekitar Eropah.

Apa yang dilakukan oleh Moscow pada ketika ini kata penyelidik itu,adalah sama sebagaimana dilakukan oleh Kesatuan Soviet ketika ketegangan pada zaman Perang Dingin.

Strategi Russia itu semakin jelas ketika Presiden Russia Vladimir Putin dan pucuk pimpinan tentera mentauliahkan beberapa aset tentera dasar lautnya termasuk kapal selam berkuasa nuklear terbarunya, Generalissimus Suvorov yang berkemampuan melancarkan peluru berpandu nuklear.

Menurut presiden Russia itu, negara itu akan membina lebih banyak kapal selam berkuasa nuklear bagi “memastikan keselamatan negara itu untuk berdekad akan datang.”

Yasen
Kapal selam kelas-Yasen di Armada Utara Tentera Laut Russia.

 

Sejak kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991, Russia tanpa penat dan lelah telah berusaha untuk memperkuatkan lagi armada kapal selam berkuasa nuklearnya.

Di dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, Moscow telah membangunkan beberapa jenis kapal selam berkuasa nuklear yang mampu menyelam ke lokasi-lokasi strategik di Amerika Syarikat dan Eropah.

Dengan anggaran pemilikan 58 buah kapal selam berkuasa nuklear terdiri daripada beberapa kelas, aseet-aset dasar laut berkuasa nuklear Russia itu mampu dikerah ke mana-mana lokasi dunia termasuk ke perairan pesisir Amerika.

Tindakan tentera Russia mengerah kapal-kapal selam untuk membuat kemunculan di perairan pesisir Amerika itu dianggap sebagai tindakan mencabar komander-komander tentera laut Amerika Syarikat serta sedikit-sebanyak mengikis pengaruh ketenteraan Washington.

Pada Oktober tahun lepas, pengarah US Northern Command dan NORAD, Jeneral Glen VanHerck mengeluarkan amaran peningkatan kehadiran kapal-kapal selam berkuasa nuklear “Severodvinsk” di kawasan perairan pesisir  Amerika Syarikat.

Pegawai-pegawai kanan tentera Amerika Syarikat menyatakan bahawa Russia merupakan ancaman terbesar bagi tentera negara itu.

“Mereka baru sahaja memindahkan kapal selam mereka (kelas-Severodvinsk) ke Pasifik.”

Kazan
Kapal selam kelas-Yasen “Kazan” yang baharu sahaja ditauliah kedalam perkhidmatan tentera laut Russia.

 

Komander Pejabat Perisikan Tentera Laut Amerika Syarikat Laksamana Michael Studeman pula dilaporkan berkata bahawa kapal selam kelas-Severodvinsk” atau kelas-Yasen adalah amat berbahaya.

“Kapal-kapal selam (kelas-Yasen) adalah amat-amat moden dan mempunyai kemampuan yang pelbagai. Kapal selam itu amat aktif,” kata Studeman sambil menambah bahawa kapal-kapal selam Russia telah mula meronda di perairan Eropah, sekaligus membahayakan kepentingan Amerika Syarikat.

Kapal-kapal selam Russia juga berada di perairan di Pasifik dan Atlantik.

Studeman berkata, mengesan dan menjejak kapal-kapal selam Russia itu merupakan “ancaman dua serampang” bagi Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.– DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...