Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

82 Peratus Komponen Dron Iran Dibuat Syarikat-Syarikat Amerika

Dron-dron berani mati atau "Kamikaze" Iran iaitu, Shahed-131 dan Shahed-136 direkabentuk untuk meletup apabila merempuh sasarannya, manakala Mohajer-6 pula adalah dron bersenjata yang digunakan untuk tugas-tugas ISR (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance).

0 2,414

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Satu kumpulan penyelidik bebas berpengkalan di Britain menyatakan bahawa kajian dilakukan mereka membuktikan bahawa 82 peratus daripada komponen pesawat-pesawat tanpa pemandu buatan Iran yang digunakan oleh tentera Russia di Ukraine diperbuat oleh syarikat-syarikat Amerika Syarikat.

Kumpulan penyelidik itu yang dinamakan, Conflict Armament Research telah dipelawa ke Ukraine oleh kerajaan negara itu dan telah melakukan kajian terhadap tiga buah pesawat tanpa pemandu buatan Iran iaitu Shahed-131, Shahed-136 dan Mohajer-6 yang digunakan oleh Russia di Ukraine.

Dron-dron buatan Iran yang digunakan oleh tentera Russia telah tiba di Ukraine pada Ogos tahun lepas, mengikut maklumat perisikan oleh pegawai-pegawai tentera Amerika Syarikat.

Shahed-136
Dron berani mati “Shahed-136” sebelum membedil sasaran di Kiev. (AFP)

 

Tentera Ukraine mendakwa bahawa Russia menggunakan dron-dron buatan Iran itu untuk memusnahkan meriam-meriam yang didermakan Amerika Syarikat kepada Kiev serta infrastruktur awam seperti janakuasa-janakuasa elektrik.

Shahed-131 dan Shahed-136 merupakan dron berani mati atau dron berani mati yang direka untuk meletup apabila ia merempuh sasarannya, manakala Mohajer-6 pula adalah dron bersenjata yang digunakan untuk tugas-tugas ISR (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance).

“Di ketiga-tiga model dron buatan Iran itu,kita mendapati terdapat 500 komponen yang berlainan. Kita telah mengenalpasti komponen-kompnen itu telah dibuat oleh 70 buah syarikat daripada 13 buah negara berlainan.”

“Dan 82 peratus daripada komponen-komponen itu dibuat di Amerika Syarikat,” kata Damien Spleeters yang mengetuai kumpulan penyelidik itu.

Kebanyakkan daripada komponen-komponen itu dibuat pada tahun 2021 dan 2022.

Terdapat banyak daripada komponen itu berasal daripada Amerika Syarikat dan negara-negara Kesatuan Eropah, walaupun Iran dikenakan sekatan ketenteraan yang ketat daripada negara-negara itu, katanya.

Shahed
Kenderaan pelancar dron berani mati “Shahed.”

 

Ia menunjukkan sekatan yang dikenakan terhadap Iran tidak berkesan, menurutnya.

Syarikat Iran yang membuat dron-dron berkenaan, Iran Aircraft Manufacturing Industries Corporation (HESA) telah dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat sejak tahun 2008.

“Saya selalu bercakap dengan penguatkuasa undang-undang bahawa ia agak sukar untuk menguatkuasa sekatan kerana komponen itu berada di mana-mana. Tetapi terdapat barangan yang kami temui adalah agak canggih,” katanya.

Selain menemui semikonduktor canggih pada senjata-senjata buatan Iran, kumpulan pengkaji bebas itu turut mengenalpasti cip-cip yang murah dan mudah didapati.

“Banyak daripada cip yang digunakan oleh sistem ketenteraan seperti dron turut digunakan secara meluas oleh barangan keperluan awam,” menurut Prof Chris Miller yang merupakan pengarang buku “Chip Wars” dan tenaga pengajar di Universiti Tufts.

Dron
“Mohajer-6”

 

Kumpulan penyelidik itu mengatakan, hasil daripada analisis yang dilakukan oleh mereka terhadap dron-dron Iran sejak 2017 menunjukkan bahawa sistem itu bukan sahaja semakin canggih dan moden, tetapi juga semakin berkemampuan daripada segi prestasinya.

Komponen-komponen elektronik yang ditemui pada dron-dron Shahed menunjukkan bahawa dron terbabit berkemampuan untuk terbang tepat ke sasarannya walaupun menerima gangguan elektronik kerana, ia  dilengkapi dengan modul navigasi satelit bagi membolehkannya terus beroperasi di kawasan dimana signal navigasi satelit telah diganggu (jammed).

“Terdapat peningkatan yang besar daripada segi kemampuan dron-dron Iran itu. Mereka (Iran) telah berjaya menambah lebih banyak kemampuan dan ketahanan kepada sistem persenjataan yang mereka eksport,” kata beliau. —  DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...