Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Pejuang Palestin Guna Dron Berani Mati Dalam Serangan Terbaru Terhadap Israel

“Kamikaze Drone” atau “Suicide Drone” atau Loitering Munitions atau Dron Berani Mati itu digunakan oleh Hamas untuk menyerang komuniti Yahudi di sempadan Semenanjung Gaza.

0 5,519

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Cabang ketenteraan Hamas, Al-Qassam Brigades di Semenanjung Gaza telah mengeluarkan video menunjukkan kemampuan terbarunya iaitu pesawat tanpa pemandu (UAV) yang dilengkapi dengan bahan letupan.

“Kamikaze Drone” atau “Suicide Drone” atau Loitering Munitions atau Dron Berani Mati itu digunakan oleh Hamas untuk menyerang komuniti Yahudi di sempadan Semenanjung Gaza.

Pihak tentera Israel telah mengeluarkan arahan supaya penduduk di komuniti terbabit supaya berlindung di kubu-kubu bawah tanah.

Beberapa daripada dron berani mati milik Hamas yang diberikan nama “Shehab” itu juga telah digunakan untuk menyerang kedudukan sistem peluru berpandu pertahanan udara “Iron Dome” di sempadan Gaza-Israel.

Laporan mengatakan Hamas telah melancarkan lima dron berani mati dalam serangan terhadap sasaran di dalam Israel hari ini, manakala tentera Israel juga mengeluarkan rakaman pesawat pejuangnya menembak jatuh sebuah daripada dron itu.

 

Dron berani mati itu dikatakan sedang dalam perjalanan untuk mengebom kemudahan gas Israel di Laut Mediterranean sebelum ia ditembak jatuh oleh pesawat pejuang negara itu.

Sementara itu,terdapat juga laporan yang tidak dapat disahkan bahawa Hamas telah menggunakan dron berani mati untuk menyerang kemudahan tangki minyak di bandar Ashkelon dengan jayanya, menyebabkan kebakaran besar kemudahan itu.

Shehab

Israel pada mulanya menyangka tangki minyak di Ashkelon itu terkena serangan roket.

Kemunculan dron-dron berani mati Israel merupakan satu lagi berita buruk kepada tentera Israel, kerana terpaksa berhadapan dengan serangan roket daripada Gaza, kini mereka kena berjaga dengan dron berani mati.

Pemerhati-pemerhati pertahanan pula mengatakan dron berani mati Hamas “Shehab” itu diperbuat oleh Iran dengan rekabentuknya hampir menyamai dron berani mati “Ababil-2” yang turut digunakan oleh pemberontak Houthi di Yemen.

Ashkelon

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...