Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut Singapura Peroleh Empat Kapal Peronda Buatan Jerman

Kapal-kapal peronda pesisir pantai (Offshore Patrol Vessel -OPV) baru itu akan menggantikan kapal-kapal kelas-Sentinel Maritime Security Response Vessels (MSRVs) yang berkhidmat dengan Maritime Security and Response Flotilla (MSRV) Tentera Laut Republik Singapura.

0 2,672

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kementerian Pertahanan Singapura telah menandatangani kontrak perolehan dengan syarikat pembuatan kapal Jerman, Fr. Fassmer GmBH & Co. KG (Fassmer) bagi empat buah kapal peronda pesisir pantai (OPV – Offshore Patrol Vessel).

Kapal-kapal OPV baru itu akan menggantikan kapal-kapal kelas-Sentinel Maritime Security Response Vessels (MSRVs) yang berkhidmat dengan Maritime Security and Response Flotilla (MSRV) Tentera Laut Republik Singapura.

Kapal-kapal MSRV kelas-Sentinel itu juga adalah bekas kapal peronda kelas-Fearless dengan Tentera Laut Republik Singapura.

Kapal-kapal kelas-Sentinel terdiri daripada MSRV Sentinel, MSRV Guardian, MSRV Protector and MSRV Bastion.

Kapal kelas-Sentinel sepanjang 55 meter mengekalkan sistem persenjataannya yang terdiri daripada meriam OTO Melara 76mm, meriam Typhoon 25mm dan mesingan 7.62mm.

OPV
Kapal OPV kelas-Potsdam milik Polis Persekutuan Jerman

 

Kapal itu turut dilengkapi dengan alatan Long-Range Acoustic Device (LRAD) dan sistem Laser Dazzler bagi operasi penguatkuasaan tanpa menggunakan kekerasan.

Menurut Kementerian Pertahanan Singapura, rekabentuk keempat-empat buah kapal OPV itu adalah berdasarkan kepada rekabentuk yang telah terbukti berkesan dan sedang berkhidmat dengan Polis Persekutuan Jerman (German Bundespolizei).

Polis Persekutuan Jerman mengoperasikan kapal OPV Fassmer 86 meter di antara tahun 2019 dan 2023 yang dikenali sebagai kelas-Potsdam, yang dipercayai bakal menjadi asas kepada kapal-kapal OPV milik Singapura itu.

 Kapal-kapal itu akan diperbuat daripada besi dan dikuasai oleh dua enjin diesel marine serta memiliki berat keseluruhan 2,000 tan.

 Ia juga akan dilengkapi dengan helikopter dek dan kawasan untuk menempatkan lima buah kontena 20 kaki yang boleh dilengkapi dengan sistem persenjataan sebagaimana diminta oleh Singapura.

OPV
Kapal kelas-Sentinel Maritime Security Response Vessels (MSRVs), Tentera Laut Singapura.

OPV

Kapal-kapal OPV Singapura itu akan direkabentuk dengan tahap kelincahan yang tinggi bagi membolehkan ia beroperasi di kawasan perairan yang sibuk di Singapura .

 Ia juga akan memiliki kemampuan yang mencukupi untuk berhadapan dengan pelbagai ancaman maritime dan kecemasan bagi menyokong keperluan keselamatan dan penguatkuasaan republik terbabit.

Keempat-empat kapal OPV Singapura itu dijangka mula beroperasi bermula pada tahun 2028, dengan kapal kelas-Sentinel itu akan ditamatkan perkhidmatan apabila kapal-kapal baru dibina itu mula memasuki perkhidmatan. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...