Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat F-35, Stealth Mode Atau Beast Mode?

Pesawat pejuang generasi kelima, F-35 boleh diterbangkan dalam keadaan Stealth Mode atau Beast Mode.

0 4,623

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pejuang F-35 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin sebenarnya bukan sahaja boleh diterbangkan secara halimunan (Stealth Mode), tetapi pesawat generasi kelima itu boleh diterbangkan dalam keadaan “Beast Mode.”

Jadi, Stealth Mode atau Beast Mode? Ia bergantung kepada keadaan dan untuk tujuan apa.

“Beast Mode” ini merujuk apabila pesawat F-35 itu tidak lagi terbang secara halimunan (Stealth Mode) dan membawa muatan pelbagai jenis peluru berpandu dan bom yang boleh mencecah sehingga 10,000 kilogram menggunakan external weapon bays.

Ia terbang dalam keadaan “Beast Mode” apabila telah berjaya menguasai ruang udara (air-dominance) dimana halimunan (stealth mode) tidak lagi perlu selepas stesen radar, kemudahan pertahanan udara,meriam dan peluru berpandu dimusnahkan.

Jika dalam keadaan halimunan (Stealth Mode),  segala persenjataannya seperti peluru berpandu dan bom-bom diletakkan di dalam internal weapons bays bagi mengurangkan radar cross section (RCS) untuk mengelakkan F-35 itu dikesan oleh radar musuh dan mengekalkan Low Observability (LO) ketika sistem pertahanan udara dalam keadaan operasi maksimum.

Beast

Oleh kerana semua peluru berpandu dan bom-bom disimpan di dalam internal weapons bays, maka jumlah persenjataan yang boleh dibawa oleh pesawat F-35 juga adalah kecil iaitu di sekitar 2,500 kilogram sahaja.

Antara persenjataan yang dibawah oleh F-35 ketika berada di dalam Stealth Mode adalah empat buah peluru berpandu AIM-120 AMRAAM untuk operasi air-to-air atau dua buah AMRAAM dan dua buah GBU-31 JDAM dengan bom Mk-84 untuk operasi air-to-air serta air-to-ground.

Beast

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Kesemua senjata disimpan dalam internal weapon bays.

Jika diterbangkan dalam keadaan Beast Mode pula, pesawat F-35 boleh membawa sehingga 10,000 kilogram senjata termasuk 14 buah peluru berpandu AMRAAM dan dua AIM-9X untuk operasi air-to-air, manakala bagi operasi air-to-air dan air-to-ground pesawat boleh membawa dua buah AMRAAM, enam bom GBU-31 JDAM serta dua peluru berpandu AIM-9X.

Dengan 10 tan peluru berpandu dan bom-bom panduan laser, pesawat F-35 dalam keadaan Beast Mode  itu boleh meratakan sebuah bandar kecil. — DSA

Beast

 

 

Comments
Loading...