Indonesia Perolehi Pinjaman Asing Biayai Perolehan Dua Kapal Perang Kelas-PPA Dari Itali
Indonesia dilaporkan memperolehi pinjaman berjumlah US$1.25 billion (RM5.43 billion) itu daripada BNP Paribas serta penyertaan daripada Credit Agricole dan disokong oleh institusi kewangan Itali,SACE.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Indonesia dilaporkan telah berjaya mendapatkan pinjaman bagi membolehkan ia membiayai perolehan dua buah kapal peronda pelbagai guna kelas-PPA (Pattugliatore Polivalente d’Altura) atau Thaon de Revel daripada syarikat pembuat kapal, Fincantieri.
Menurut laporan oleh portal pertahanan Janes, Indonesia memperolehi pinjaman berjumlah US$1.25 billion (RM5.43 billion) itu daripada BNP Paribas serta penyertaan daripada Credit Agricole dan disokong oleh institusi kewangan Itali,SACE.
Indonesia dilaporkan akan menamakan kedua-dua kapal peronda pelbagai guna buatan syarikat Fincantieri itu, KRI Brawijaya (no pennant 320) dan KRI Prabu Siliwangi (no pennant 321).
Majlis menandatangani perjanjian pinjaman itu dijangka ditandatangani di antara Indonesia dan Kementerian Kewangan Indonesia sebelum berakhirnya tahun 2024.
Kedua-dua buah kapal itu mempunyai berat di antara 5,800 tan hingga 6,300 tan.
Pada ketika ini, Tentera Laut Itali telah pun mentauliahkann tiga buah kapal peronda PPA itu di antara Mac 2022 hingga September 2023.

Comments are closed.