Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lima Kapal Pengangkut Pesawat NATO “Kawal” Eropah, Amaran Pada Russia?

Misi latihan lima buah kapal pengangkut peswat itu dipercayai adalah sebahagian daripada “show of force” (penampilan kekuatan) Amerika Syarikat dan sekutu NATO kepada Russia ketika konflik di Ukraine berpanjangan.

0 1,316

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS George H.W. Bush (CVN-77) dan USS Gerald R. Ford (CVN-78) yang merupakan kapal pengangkut pesawat terbaru negara itu,  akan mengadakan latihan bersama dengan kapal-kapal pengangkut pesawat milik Perancis, Itali dan United Kingdom di beberapa perairan di Eropah.

Ia dipercayai adalah sebahagian daripada “show of force” (penampilan kekuatan) Amerika Syarikat dan sekutunya kepada Russia ketika konflik di Ukraine berpanjangan.

Latihan bersama melibatkan lima buah kapal pengangkut pesawat itu adalah sebahagian daripada operasi bersama di Eropah untuk menunjukkan interoperabiliti NATO, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan.  

Kedua-dua kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat itu akan beroperasi di perairan utara Lautan Atlantik, Laut Utara (North Sea) dan Laut Mediterranean bersama-sama kapal pengangkut pesawat United Kingdom, HMS Queen Elizabeth, ITS Cavour (Itali) dan FS Charles de Gaulle (Perancis).

“Operasi ini memberikan peluang kepada negara Bersekutu untuk koordinasi kekuatan kombat yang kritikal di seluruh kawasan Eropah-Atlantik. Pada masa yang sama NATO juga menunjukkan perpaduan dan interoperability.”

NATO
Kelima-lima kapal pengangkut pesawat NATO yang beroperasi di Eropah.

 

“Ia juga adalah peluang untuk menguji kerjasama di antara negara-negara bersekutu dan berlatih konsep pertahanan NATO di kesemua kawasan geografi dan operasi perikatan ketenteraan itu,” kata Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Kapal pengangkut pesawat USS George H.W.Bush telah beroperasi di Laut Mediterranean sejak Ogos lepas apabila ia menggantikan sebuah lagi kapal pengangkut pesawat, USS Harry S.Truman yang diarah pulang .

Kedua-dua kapal pengangkut pesawat itu beroperasi bersama di Laut Mediterranean selama beberapa tahun.

NATO
ITS Cavour (Itali)

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kapal pengangkut pesawat Perancis,  Charles de Gaulle  telah bertolak daripada Perancis pada 15 November lepas sebagai sebahagian daripada Misi Antares, yang turut disertai oleh kira-kira 3,000 anggota tentera Perancis dan negara-negara rakannya.

Dalam Misi Antares, kapal pengangkut pesawat Perancis itu akan beroperasi dengan kapal-kapal perang daripada Greek, Itali dan Amerika Syarikat.

Kapal pengangkut pesawat milik United Kingdom, HMS Queen Elizabeth menggantikan kapal pengangkut pesawat, HMS Prince of Wales yang mengalami kerosakan beberapa hari sebelum bertolak untuk operasi di Eropah itu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...