Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Peronda Pelbagai Guna, “ITS Francesco Morosini” Buat Penampilan Pada LIMA 23

Kapal peronda pelbagai guna "ITS Francesco Morosini" seberat 6,400 tan dan 143 meter panjang, berkemampuan membawa 137 krew kapal. Kapal perang Itali itu mampu belayar selaju 32 knot dan membawa peluru berpandu anti-kapal Teseo/Otomat Mk-2/E serta peluru berpandu CAMM-ER atau SCALP ER untuk pertahanan udara.

0 4,182

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Tentera Laut Itali akan menampilkan ITS Francesco Morosini, sebuah kapal peronda pelbagai gunanya yang hanya enam bulan lalu ditauliahkan ke dalam perkhidmatan tentera laut negara Eropah itu pada segmen maritim di LIMA 2023.

Kapal peronda pelbagai guna ITS Francesco Morosini seberat 6,400 tan dan 143 meter panjang, berkemampuan membawa 137 krew kapal.

Kapal perang Itali itu mampu belayar selaju 32 knot dan membawa peluru berpandu anti-kapal Teseo/Otomat Mk-2/E serta peluru berpandu CAMM-ER atau SCALP ER untuk pertahanan udara.

ITS Francesco Morosini

ITS Morosini juga membawa helikopter SH90.

ITS Morosini adalah adalah kapal kedua daripada tujuh buah kapal peronda pelbagai guna kelas-Thaon di Revel milik Tentera Laut Itali.

Kapal peronda pelbagai guna Itali itu akan berlabuh di Langkawi pada 24 Mei ini.

Pembabitan Tentera Laut Itali dan industri pertahanannya ke LIMA 2023 menyediakan platfotm untuk meneroka ruang kerjasama yang baru bagi meningkatkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Duta Itali ke Malaysia Massimo Rustico dalam satu kenyataan berkata, penyertaan Tentera Laut Itali dalam LIMA 2023 hanya mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Itali.

ITS Francesco Morosini

“Penyertaan kami dalam LIMA 2023 membuktikan komitment tidak berbelah bahagi untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam bidang pertahanan, keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.”

“Kami berharap untuk meneroka kerjasama lain dan menonjolkan kemampuan dan teknologi Itali sebagai pemain di peringkat antarabangsa,” kata beliau.

Pavilion Itali pada LIMA 2023 akan menampil syarikat-syarikat Itali termasuk Teknel, Sigma Consulting, Srl, Elettronica Group dan Electron Source Co.

Itali akan muncul sebagai antara negara peserta utama pada edisi LIMA kali ini syarikat-syarikat seperti Fincantieri serta dalam bidang aeroangkasa, pertahanan, angkasa lepas, elektronik dan siber seperti Leonardo, Fincantieri yang merupakan antara syarikat pembuat kapal terbesar di dunia dengan limbungan kapal di seluruh dunia.

Fincantieri akan tampil dengan pavilion yang besar pada LIMA 2023 manakala Leonardo yang juga antara lapan syarikat pertahanan terbesar dunia juga akan memiliki pavilion, menampilkan teknologi-teknologi terkini dalam bidang pertahanan. 

ITS Francesco Morosini

Kenyataan itu menyebut bahawa kesemua syarikat itu membangunkan produk-produk dan perkhidmatan berkualiti di dalam sektor aeroangkasa dan maritim menerusi kerjasama strategik industri.

LIMA 2023 memberikan peluang kepada pengunjung untuk meninjau penyelesaian terkini oleh syarikat Itali dan mewujudkan kerjasama antara kedua-dua negara.

Pavilion Itali terletak di Hall B, Booth No. B19b di Mahsuri International Exhibition Centre di Langkawi. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...