Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dari “Damocles” Ke “Talios”, Pod Sasaran Generasi Baru Dari Thales

Pod sasaran generasi baru “Talios” ini dibangunkan oleh syarikat Thales dan ia lebih berkemampuan daripada pod sasaran “Damocles” yang digunakan oleh varian pesawat Rafale sebelum ini dan juga pesawat Sukhoi Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

0 1,682

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemampuan membidik sasaran dan pemantauan oleh pesawat pejuang Rafale, pihak Defense Procurement Agency (DGA) Perancis telah memperolehi pod sasaran (targeting pod) generasi baru dipanggil “Talios” (Targeting Long Range Identification Optronic System) untuk digandingkan dengan pesawat pejuang omni-role itu.

Pihak agensi perolehan Perancis itu telah memesan 21 buah pod sasaran “Talios” untuk digandingkan dengan pesawat-pesawat Rafale yang digunakan oleh Tentera Udara dan Tentera Laut Perancis.

Sebelum ini Perancis juga telah memperolehi 46 buah pod sasaran “Talios”, menjadikan bilangan keseluruhan pod sasaran generasi terbaru yang dimiliki oleh Perancis pada ketika ini ada 67 buah.

Talios
Pod sasaran “Talios” yang dibangunkan oleh syarikat Thales.

 

Pod sasaran generasi baru “Talios” ini dibangunkan oleh syarikat Thales dan ia lebih berkemampuan daripada pod sasaran “Damocles” yang digunakan oleh varian pesawat Rafale sebelum ini.

Pod sasaran “Damocles” turut sama digunakan oleh pesawat-pesawat Sukhoi Su-30MKM dan mana tahu sekiranya mempunyai peruntukan semasa program Mid Life Upgrade (MLU), maka pesawat pejuang TUDM itu boleh dipasang dengan pod sasaran generasi baru “Talios.”

“Talios” telah pun digunakan oleh varian terkini pesawat Rafale yang digunakan oleh Tentera Udara dan Tentera Laut Perancis, serta varian F4 yang bakal dioperasi oleh negara itu serta pelangganya yang lain termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia.

Rafale F4 adalah varian terkini pesawat pejuang onmi-role.

Talios

Varian pesawat Rafale F4 itu akan dilengkapi dengan Sistem Prognosis dan Diagnostic Aid yang baru yang memperkenalkan kemampuan predictive, sistem kawalan enjin yang baru (engine control unit) dan lain-lain sistem yang berdasarkan kepada penyelesaian Big Data dan AI (Artificial Intelligence).

Antara keupayaan-keupayaan baru yang melengkapi varian pesawat pejuang baru Rafale F4-1 adalah radar AESA (Advanced Electronically Thales Scanned Array) RBE2 dan  sistem peperangan elektronik Spectra (Self-Protection Equipment Countering Threats to Rafale Aircraft) .

Menurut naib presiden eksekutif Thales Land and Air System Christophe Salomon, pod sasaran dan pemantauan “Talios” itu akan memberikan Angkatan Tentera Perancis kelebihan ketika melaksanakan misi dan operasi di lapangan.

Talios
Imej yang dihasilkan daripada pod sasaran “Talios”.

 

“Juruterbang pesawat pejuang Rafale mampu membuat keputusan yang lebih baik dengan lebih cepat di waktu yang amat genting ketika dalam misi untuk mengesan, mengklasifikasi dan membedil sasaran serta menilai semula hasil daripada serangan itu,” katanya.

Kesemua fungsi pada pod sasaran “Talios” itu boleh dilakukan pada waktu siang atau malam atau pada waktu cuaca yang buruk.

Syarikat Thales mula menguji pod sasaran dua dalam satu (two-in-one) “Talios” pada 2016 menggunakan konsep open architecture dan “plug and fight” untuk keperluan pesawat pejuang masa kini dan masa depan.

Fungsi-fungsi tambahan boleh diaplikasikan apabila terdapat keperluan oleh angkatan tentera.

Talios

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pod sasaran “Talios” telah diterima oleh agensi perolehan Perancis pada 2018 untuk digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang Rafale pada masa ini.

Pod sasaran generasi baru ini akan membolehkan pesawat Rafale F4 untuk melaksanakan misi pemantauan dan serangan udara/darat dalam suasana peperangan yang saling berkait (linked environment).

“Talios” boleh memeriksa kawasan yang luas untuk mencari dan mengesan sasaran sebelum membedil dan memusnahkannya.

Dengan sensor beresolusi tinggi dan pemaparan visual tentang keadaan semasa dalam bentuk berwarna, ia akan hanya memudahkan tugasan yang dipikul oleh juruterbang. — DSA

 

Comments
Loading...