Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Laksana Latihan Search And Rescue (SEASAR) Gading

 Latihan Search and Rescue (SEASAR) Gading itu melibatkan anak kapal No 10 Skn, No 12 Skn dan anggota Combat Air Rescue (CAR) di Pulau Perhentian, Semenanjung Malaysia. 

0 1,205

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengadakan Latihan Search and Rescue (SEASAR) GADING Siri 1/22 pada bermula pada 8 hingga 14 Mei lepas di Pulau Perhentian, Terengganu.

Tujuan Latihan SEASAR Gading adalah untuk meningkatkan kemahiran serta menguji kecekapan anggota No 10 Skn.

Menurut TUDM dalam kenyataan menerusi akaun Facebook hari ini berkata,  latihan ini telah melibatkan anak kapal No 10 Skn, No 12 Skn dan anggota Combat Air Rescue (CAR) di Semenanjung Malaysia. 

TUDM
(TUDM)

 

Pelaksanaan latihan dibahagikan kepada 4 Fasa.

Fasa pertama adalah kelas teori, pemeriksaan peralatan dan latihan perairan bagi anak kapal yang terlibat manakala fasa kedua melibatkan pergerakan ke kawasan latihan.

 Fasa ketiga adalah pelaksanaan latihan perairan di sekitar kawasan Pulau Perhentian.

TUDM
(TUDM)

 

Antara latihan perairan yang dilakukan ialah “life hoisting and hoisting using transaco/rescue basket for day and night”, navigasi menggunakan bot tempur, “waterjump”, “diving” dan “sea survival”.

Fasa keempat adalah fasa pergerakan pulang.

Selain itu, Program Jiwa Murni juga telah dilakukan di sekitar kawasan Pulau Perhentian.

TUDM
(TUDM)

 

 Sepanjang latihan ini dijalankan, semua yang terlibat telah mematuhi peraturan dan Standard Operating Procedur (SOP) semasa yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Latihan ini telah diketuai oleh Pegawai Memerintah No 10 Skn iaitu Mej Paranjothi Manogharan TUDM.

TUDM
(TUDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Semoga dengan latihan seperti ini dapat memperkasakan lagi barisan hadapan negara dan meningkatkan tahap kesiagaan anak kapal. Syabas dan tahniah kepada seluruh warga No 10 Skn dan semua pihak yang menjayakan latihan SEASAR GADING kali ini. — DSA

Maklumat dan Gambar adalah ehsan TUDM

 

Comments
Loading...