Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Hyunmoo-5”, Pemusnah Kubu Bawah Tanah Korea Utara

Dipanggil Hyunmoo-5, peluru berpandu balistik yang didedahkan kepada orang awam pada Hari Angkatan Tentera Korea Selatan baru-baru ini itu dikatakan oleh pakar-pakar sebagai “peluru berpandu dengan peledak paling berat di dunia.”

0 1,819

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Selatan dipercayai telah membangunkan peluru berpandu ballistik bertujuan memusnahkan kemudahan serta pangkalan-pangkalan tentera Korea Utara yang terletak jauh di bawah tanah.

Dipanggil Hyunmoo-5, peluru berpandu balistik yang didedahkan kepada orang awam pada Hari Angkatan Tentera Korea Selatan baru-baru ini itu dikatakan oleh pakar-pakar sebagai “peluru berpandu dengan peledak paling berat di dunia.”

Pakar-pakar pertahanan mendakwa Hyunmoo-5 itu berkemampuan membawa peledak seberat sembilan tan serta terbang sejauh 3,000km.

Peluru berpandu balistik itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 3,000km dengan peledak yang minimum.

Dengan peledak seberat sembilan tan (9,000kg) itulah, Korea Selatan berharap peluru berpandu itu mampu memusnahkan kemudahan dan pangkalan-pangkalan tentera Korea Utara yang terletak di bawah tanah.

Hyunmoo-5
Peluru berpandu Hyunmoo

 

Lagi berat peledaknya,lagi berbahaya peluru berpandu balistik Korea Selatan itu, menurut pakar-pakar pertahanan tempatan.

Korea Utara dipercayai memiliki jaringan kubu dan pangkalan tentera bawah tanah yang ekstensif, untuk mengelak serangan daripada tentera Korea Selatan dan sekutunya, Amerika Syarikat.

Kubu-kubu dan pangkalan tentera bawah tanah ini terletak di merata Korea Utara.

Rejim Pyongyang itu dipercayai telah membina kira-kira 6,000 kubu dan pangkalan tentera bawah tanah di serata Korea Utara terutamanya di bawah bukit granit sejak berakhirnya Perang Korea pada 1950-1953.

Penganalisis pertahanan serantau juga menjangkakan pengenalan peluru berpandu Hyunmoo-5 bakal menggusarkan lagi negara-negara serantau seperti China dan Jepun yang berkemungkinan mencetuskan perlumbaan senjata terutamanya dalam pembangunan peluru-peluru berpandu balistik.

Hyunmoo-5
Hyunmoo-2

 

Berbanding dengan Hyunmoo-2 yang menggunakan pelancaran secara “hot-launch”iaitu enjin peluru berpandu itu dinyalakan di silo, Hyunmoo-5 menggunakan teknik “cold-launch” dimana enjin peluru berpandu dinyalakan hanya apabila ia meninggalkan silonya.

Hyunmoo-2 berkemampuan membedil sasaran sejauh 600-800km.

Beberapa hari lepas, Tentera Korea Selatan melancarkan peluru berpandu Hyunmoo-2 di Gangneung dalam latihan tentera bersama dengan Amerika Syarikat tetapi kerosakan pada peluru berpandu itu menyebabkan ia jatuh kira-kira 700 meter daripada rumah penduduk tempatan.

Peluru berpandu itu sepatutnya membedil “sasaran” di Laut Timur.

Tentera Korea Selatan telah meminta maaf kepad penduduk berkenaan insiden itu yang tidak menyebabkan sebarang kehilangan nyawa,

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ketegangan di Semenanjung Korea memuncak sejak beberapa hari ini berikutan tindakan rejim Pyongyang melancarkan peluru berpandu ballistik, menyebabkan Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun untuk melancarkan latihan membabitkan beberapa kapal perangnya termasuk kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan.

Sejak daripada awal tahun, Korea Utara telah melancarkan kira-kira 40 butir peluru berpandu ballistik, kebanyakkannya berkemampuan membawa peledak nuklear.

Dalam pelancaran terakhir, peluru berpandu Korea Utara itu terbang sejauh lebih 4,600km melintasi ruang udara wilayah Aomori dan Hokkaido, menyebabkan pihak berkuasa tempatan memindahkan penduduk.  — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...