Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

F/A-18D TUDM Lebih Berkemampuan Dengan Program Naik Taraf “SCS 29C (M)”

Program naiktaraf selanjutnya membabitkan pesawat-pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah “SCS 29C (M)” dan TUDM berharap program naiktaraf yang dirancang itu dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang bagi meningkatkan lagi kemampuan pesawat F/A-18D ini selari dengan kemampuan pesawat Hornet negara-negara lain.

4,044

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kenyataan menerusi media sosialnya telah menyatakan harapan tentang program naiktaraf seterusnya membabitkan pesawat-pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pesawat-pesawat F/A-18D Hornet negara telah pun mencapai usia 25 tahun sejak mula dioperasikan oleh negara pada 1997 dan telah menjalani beberapa program naiktaraf, dengan program naiktaraf terbaru dilaksanakan pada 2014 dipanggil “SCS 25X.”

SCS merujuk kepada System Configuration Set melibatkan konfigurasi sistem perisian dalaman pesawat kepada konfigurasi sistem perisian yang terkini.

Program naiktaraf selanjutnya adalah “SCS 29C (M)” dan TUDM berharap program naiktaraf yang dirancang itu dapat dilaksanakan seperti yang dirangka (bergantung juga pada peruntukan) bagi meningkatkan lagi kemampuan pesawat F/A-18D ini selari dengan kemampuan pesawat Hornet negara-negara lain.

Program naiktaraf SCS 29C (M) itu berkemungkinan adalah program naiktaraf pesawat F/A-18D TUDM yang terakhir sebelum pesawat pejuang yang banyak berjasa kepada negara itu dibersarakan pada tahun 2035.

F/A-18D
Pesawat F/A-18D Hornet TUDM dicat khas sempena sambutan ulangtahun ke-25. (TUDM)

 

Jadi apakah program naiktaraf SCS 29C (M) itu yang dikatakan akan menjadikan pesawat F/A-18D milik TUDM itu setanding dengan pesawat Super Hornet Block 2? (sekiranya mendapat lampu hijau daripada kerajaan)

Program naiktaraf SCS 29C (M) yang dirancang selesai pada tahun 2025 itu antara lain akan melibatkan usaha menaiktaraf kemudahan radio pesawat pejuang itu serta Upgrade Solid State Recorder (USSR) .

Selain itu program naiktaraf pesawat melibatkan kontraktor dalam dan luar negara itu juga dicadang melibatkan kerja-kerja menaiktaraf pod sasaran (targeting pod) milik pesawat pejuang milik negara itu.

Pada ketika ini, pesawat F/A-18D TUDM menggunakan targeting pod “ATFLIR” atau nama penuhnya adalah Advanced Targeting Forward Looking Infra Red yang telah dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon.

Dibawah program naiktaraf “SCS 25X” beberapa tahun sebelum ini, pesawat-pesawat F/A-18D Hornet TUDM telah dinaiktaraf dengan beberapa kelengkapan baru termasuklah dilengkapi dengan Pod Sasaran ATFLIR bagi menggantikan Pod Sasaran Nite Hawk yang digunakan sebelum ini.

LITENING
LITENING Targeting Pod pada pesawat Super Hornet

 

Dan di bawah program naiktaraf SCS 29C (M) ini, pesawat F/A-18D TUDM dijangka akan mendapat Targeting Pod yang baru.

Adakah pesawat-pesawat F/A-18D Hornet TUDM akan memperolehi Targeting Pod “LITENING” yang dibangunkan oleh firma Northrop Grumman dan bakal menggantikan kesemua pod sasaran yang  digunakan oleh pesawat-pesawat Legacy Hornet di dalam Tentera Laut Amerika Syarikat.

Adakah pesawat-pesawat Hornet TUDM akan mengikut jejak langkah Tentera Laut Amerika Syarikat menggunakan Targeting Pod “LITENING”? Masih berteka-teki….

Selain itu, dibawah program naik taraf SCS 29C (M) itu – paparan pesawat (aircraft display), Multi-Function Infornation Display (MIDS), Link 16  dan SECOS (Secure ECCM Communication System) milik pesawat-pesawat Hornet TUDM juga akan menerima kerja-kerja naik taraf.

Dibawah program naiktaraf itu, radar pesawat Hornet TUDM yang pada ketika ini menggunakan radar APG-73 X-Band multi mode juga dicadangkan supaya menjalani kerja-kerja peningkatan keupayaan.

APG-79
Radar APG-79 pada pesawat Super Hornet

 

Memandangkan pesawat-pesawat Lagacy Hornet Tentera milik Amerika Syarikat mula dilengkapkan dengan radar APG-79 (V) 4 Active Electronically Scanned Array (AESA), maka admin menjangkakan TUDM juga akan mengikut jejak langkah yang sama di bawah program naik taraf SCS 29C (M)  itu.

Akhirnya pesawat-pesawat F/A-18D TUDM akan dilengkapkan dengan radar AESA, sekiranya rancangan naik taraf itu berjalan dengan lancar dan sebagaimana dirancang oleh TUDM.

Penukaran radar pesawat F/A-18D TUDM kepada radar yang baru akan melibatkan usaha naik taraf Mission Computer (MC) pesawat sedia ada.

 Radar APG-79 (V) 4 AESA adalah derivatif atau varian kepada radar APG-79 AESA yang kini digunakan oleh pesawat-pesawat F/A-18E/F “Super Hornet” dengan kedua-duanya menggunakan teknologi dan komponen yang sama.

Pesawat pejuang Legacy Hornet yang dilengkapi dengan radar AESA itu telah menjalani ujian penerbangan di Naval Air Weapon Station di China Lake, California pada Jun lepas.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ujian penerbangan pertama bagi pesawat Hornet Jun lepas yang dilengkapi dengan radar APG-79 (V) 4 AESA selepas prototaip radar itu yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon diserahkan kepada pihak tentera Amerika pada 2021.

Berikutan dengan program naiktaraf itu, pesawat-pesawat F/A-18D Hornet TUDM juga berkemampuan pesawat membawa sistem-sistem persenjataan yang terkini sebagaimana yang dibawa oleh pesawat Super Hornet Block 2.

Super Hornet berkemampuan membawa pelbagai persenjataan termasuk JSOW (joint stand-off weapon),  JASSM (joint air-to-surface stand-off missile) dan pelbagai sistem persenjataan terkini yang lain. — DSA

JSOW
Pesawat Hornet dengan JSOW
Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments are closed.