Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Fujian”, Super Carrier China Yang Pertama Saingi Amerika Di Indo-Pasifik

Kapal pengangkut pesawat ketiga China yang dinamakan Type-003 "Fujian" itu dikatakan mempunyai berat keseluruhan di antara 80,000 hingga 85,000 tan -- hampir menyamai kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat yang juga dikategorikan sebagai "Super Carrier" daripada kelas-Ford dan kelas-Nimitz yang memiliki berat keseluruhan 100,000 tan. 

0 2,339

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada Jun lepas, Tentera Laut China telah melancarkan kapal pengangkut pesawatnya yang ketiga yang merupakan kapal pengangkut pesawat pertama milik kuasa Asia itu yang dikategorikan sebagai “super carrier” daripada segi saiznya yang menyamai saiz kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat seperti daripada kelas-Ford dan Nimitz.

Kapal pengangkut pesawat ketiga China yang dinamakan Type-003 “Fujian” itu dikatakan mempunyai berat keseluruhan di antara 80,000 hingga 85,000 tan — hampir menyamai kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat yang juga dikategorikan sebagai “Super Carrier” daripada kelas-Ford dan kelas-Nimitz yang memiliki berat keseluruhan 100,000 tan. 

Kapal pengangkut pesawat China yang pertama dan kedua, Type-001 “Liaoning” (ex-Varyag) dann Type-002 “Shandong” hanya memiliki berat sekitar 60,000 tan (full load).

Walaupun beratnya hampir menyamai kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, tetapi “Fujian” tidak menggunakan kuasa nuklear tetapi menggunakan Integrated Electric Propulsion (IEP).

Kapal pengangkut pesawat ketiga China Type-003 yang dilancarkan di Shanghai pada 17 Jun itu  dinamakan “Fujian”,  sempena sebuah bandar yang terletak berhampiran dengan Taiwan yang masih dianggap sebagai sebahagian daripada China.

Fujian

 

“Fujian” dilancarkan kira-kira 10 tahun selepas kapal-kapal pengangkut pesawat pertama dan keduanya, Liaoning dan Shandong yang berdasarkan kepada teknologi Soviet Union memasuki perkhidmatan tentera laut negara itu.

Apabila ditauliahkan kelak, “Fujian” dijangka akan memainkan peranan yang kritikal dan penting di Selat Taiwan.

Pada ketika ini, China telah pun memiliki tiga buah kapal pengangkut pesawat dan bilangan itu akan meningkat kepada lima buah menjelang tahun 2030, selaras dengan cita-cita Beijing untuk menjadi kuasa maritim bukan sahaja di Indo-Pasifik tetapi juga di dunia.

Hanya Amerika Syarikat sahaja yang memiliki lebih banyak kapal pengangkut pesawat daripada China iaitu 11 buah yang beroperasi di seluruh dunia.

Perancis dan Britain masing-masing memiliki dua buah kapal pengangkut pesawat, manakala Russia hanya memiliki sebuah yang sedang diperbaiki.

Fujian

Kapal pengangkut pesawat terbaru China “Fujian” sebagaimana kedua-dua kapal pengangkut pesawat, Liaoning dan Shandong yang tidak menggunakan kuasa nuklear.

 

China hanya bercadang melengkapkan kuasa nuklear pada kapal pengangkut pesawatnya yang keempat dan kelima apabila ia menguasai sepenuhnya teknologi menggunakan janakuasa daripada reaktor nuklear di kapal pengangkut pesawat.

Dengan reaktor nuklear sebagai sumber kuasanya utama, kapal-kapal pengangkut pesawat China itu bebas beroperasi di mana-mana tanpa suatu jangkamasa yang tertentu. 

Apa yang membataskan operasinya pada ketika ini  adalah bekalan makanan dan minuman bagi anak-anak kapalnya.

Berbanding dengan kedua-dua buah kapal pengangkut pesawat awal China iaitu Liaoning dan Shandong yang menggunakan teknologi Russia, “Fujian” akan banyak menggunakan teknologi Barat termasuk menggunakan kaedah “catapult” (Electromagnetic Aircraft Launch System – EMALS) untuk perlepasan pesawat.

Pada ketika ini, pesawat-pesawat yang berlepas daripada Liaoning dan Shandong menggunakan kaedah “ski jumps.”

FC-31
Pesawat gen-5 “FC-31” yang dibangunkan oleh Shenyang Aircraft Corporation.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Menurut pakar pertahanan Andreas Ruppercht, kehadiran kapal pengangkut pesawat terbaru China dengan saiz mencecah berat sehingga 100,000 tan itu memecah dominasi Amerika Syarikat dalam pembinaan kapal-kapal pengangkut pesawat yang dikategorikan sebagai “super carrier.”

Kapal-kapal pengangkut pesawat seperti daripada Britain, Perancis hanya sekitar 60,000 tan sahaja.

“Ia adalah satu langkah ke hadapan oleh tentera China. Ia telah berjaya menimba pengalaman berguna selama 10 tahun dalam mengoperasikan kapal pengangkut pesawat. Walaupun pengalaman dan pengetahuannya tidak dapat menandingi Amerika Syarikat tetapi ia adalah langkah pertama yang akan disusuli dengan ribuan langkah yang seterusnya.”

Mengenai pesawat yang akan beroperasi di “Fujian”, pesawat terbabit dijangka J-35 atau FC-31 yang sedang dibangunkan untuk beroperasi daripada kapal pengangkut pesawat.

J-35 itu adalah pesawat dua enjin dengan kemampuan halimunan. — DSA

 

 

Comments
Loading...