Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

HMS Queen Elizabeth Buat Kemunculan Di Singapura, Menuju Ke Laut China Selatan

Kapal pengangkut pesawat seberat 67,000 tan itu membuat kemunculan di perairan Singapura pada awal pagi tadi.

1,227

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengangkut pesawat Tentera Laut British, HMS Queen Elizabeth membuat kemunculan di perairan Singapura hari ini bersama-sama kapal pengiringnya di dalam Carrier Strike Group 2021 (CSG21).

Kapal pengangkut pesawat seberat 67,000 tan itu membuat kemunculan di perairan Singapura pada awal pagi tadi.

Sebelum belayar ke Singapura, kapal HMS Queen Elizabeth dan beberapa kapal pengiringnya telah mengadakan eksesais “Passage Exercise (PASSEX)” dengan kapal-kapal TLDM, KD Jebat dan KD Lekiu di Selat Melaka.

Pada ketika ini, terdapat maklumat mengatakan kapal pengangkut pesawat terbaru Tentera Laut British itu tidak singgah di Singapura, sebaliknya meneruskan pelayarannya ke Laut China Selatan. (nampaknya HMS Queen Elizabeth tidak sabar-sabar mahu ke Laut China Selatan)

Mahu mencabar siapa di Laut China Selatan itu?

Queen Elizabeth

Sementara itu, selain HMS Queen Elizabeth yang berada di perairan Singapura awal pagi ini, kapal-kapal pengiringnya terdiri daripada kapal friget Tentera Laut Belanda HNLMS Evertsen, kapal destroyer Tentera Laut Amerika Syarikat USS The Sullivans turut kelihatan.

Turut sama adalah kapal friget Type-23 Tentera Laut British HMS Kent dan kapal bantuan (oiler replenishment) RFA Victoria.

Semalam, kapal selam berkuasa nuklear British, HMS Artful turut belayar di perairan Singapura manakala kapal-kapal destroyer Type 45, HMS Defender dan kapal oiler replenishment RFA Tidespring telah pun belayar di perairan republik itu lebih awal.

Pada ketika ini, HMS Defender sedang berlabuh di Muara, Brunei.

queen Elizabeth

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.