Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kenyataan TLDM Tentang Eksesais Dengan HMS Queen Elizabeth, CSG21

Eksesais ini melibatkan 3 buah aset TLDM iaitu KD Lekiu, KD Jebat dan helikopter Super Lynx.

0 1,715

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama United Kingdom Carrier Strike Group 21 (UKCSG21) telah mengukuhkan kerjasama  pertahanan melalui Passage Exercise (PASSEX) di perairan Selat Melaka semalam.

Eksesais ini melibatkan 3 buah aset TLDM iaitu KD Lekiu, KD Jebat dan helikopter Super Lynx.

Ketumbukan UKCSG21 pada kali ini terdiri daripada 4 buah kapal tentera laut dan beberapa buah pesawat daripada tiga buah negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat dan Belanda.

Kapal perang terlibat adalah HMS Queen Elizabeth, HMS Kent, USS The Sullivans dan HNLMS Evertsen.

Ini adalah pelayaran sulung HMS Queen Elizabeth, sebuah kapal pengangkut pesawat di rantau ini.

TLDM
Gambar kredit Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse

 

Selain komited terhadap keselamatan maritime dan kerjasama pertahanan negara rantau ini dengan mana-mana tentera laut sahabat, TLDM mengalukan eksesais meningkatkan interoperability serta persefahaman di lapangan.

 

Bahagian Komunikasi Strategik

Markas Pemerintahan Armada Barat

Lumut Perak

TLDM
Gambar kredit Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...