Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pakar Godam Telefon Bimbit Sasaran Mossad Dlm Insiden 28 Sept Lepas

Menurut media Israel, Haaretz, Omar al-Balbaisi berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang sains komputer daripada Universiti Islam di Semenanjung Gaza dan bekepakaran dalam membangunkan sistem perisian android.

0 4,838

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Warga Palestin yang dikatakan menjadi sasaran penculikan agensi perisikan Israel, Mossad dalam operasi yang gagal pada di Malaysia akhir September lepas, Omar al-Balbaisi (Omar Z. M. Albelbaisy Raeda) merupakan seorang pakar komputer yang berpengalaman luas terutamanya di dalam aspek penggodaman (hacking).

Menurut media Israel, Haaretz, Omar berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang sains komputer daripada Universiti Islam di Semenanjung Gaza dan bekepakaran dalam membangunkan sistem perisian android.

Beliau dikatakan menyertai Briged Izz-ad-Din Al-Qassam Hamas dan diletakkan di dalam unit yang bertanggungjawab menggodam telefon bimbit.

Mossad

Sekitar tahun 2020, Omar dilapor meningggalkan Semenanjung Gaza untuk Turki pada ketika Hamas didakwa telah mewujudkan unit perisikan dan siber di negara Mediterranean itu.

Unit perisikan dan siber Hamas yang diwujudkan tanpa sebarang pemakluman kepada pihak perisikan Turki menerima arahan terus daripada pimpinan kumpulan itu di Semenanjung Gaza.

Menurut laporan oleh media tempatan baru-baru ini, pihak yang bertanggungjawab menculik Omar pada 28 Sept lepas berminat untuk mengetahui pengalaman Omar dalam membangunkan aplikasi komputer dan kemampuan Hamas dalam membangunkan perisian serta identity anggota  Briged Izz-ad-Din Al-Qassam serta kekuatan mereka.

Nampaknya peningkatan kepakaran Hamas di dalam bidang perisian komputer dan berkaitannya dengan membimbangkan pihak Israel.

Sejak kebelakangan ini, Hamas telah meningkatkan usaha untuk menggodam telefon-telefon bimbit yang digunakan oleh anggota tentera Israel termasuk pegawai-pegawai kanannya.

Mossad

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tentera Israel beberapa bulan lepas, ia mendedahkan bagaimana Hamas berusaha untuk mengumpul maklumat tentang tenteranya dengan memasukkan spyware didalam telefon bimbit mereka dan cuba berinteraksi dengan anggota tentera tentang aktiviti mereka itu dengan menggunakan profil-profil palsu.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka telah berjaya mengagalkan usaha Hamas menggodam telefon bimbit milik anggotanya dan mendakwa bahawa tiada maklumat sulit diperolehi oleh musuh mereka.

Pada Februari lepas, akhbar Haaretz juga menyatakan bahawa Hamas telah berjaya menggodam ratusan telefon bimbit milik anggota tenteranya selama “beberapa bulan.”

Baru-baru ini, akhbar tempatan mendakwa pada 10 malam 28 Sept yang lepas operatif tempatan Mossad telah menculik warga Palestin ketika mereka berada di dalam kenderaan mereka di Jalan Yap Kwan Seng selepas makan malam.

Kedua-dua mereka adalah pengaturcara komputer dan dipercayai adalah aset penting kepada Hamas.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kenderaan dinaiki oleh warga Palestin itu telah dipintas oleh sebuah kenderaan dinaiki empat lelaki yang membawa ke sebuah chalet di Hulu Langat.

Untuk tempoh 24 jam selepas diculik itu, kedua-dua warga Palestin itu telah disoal-siasat oleh perisik Mossad untuk mengetahui tentang kepakaran tentang komputer serta lokasi pemimpin-pemimpin Hamas di Malaysia.

Nasib kedua-dua warga Palestin itu baik kerana polis Malaysia berjaya mengesan kedudukan mereka dan telah bertindak menyelamatkan mereka.

Kedua-dua warga Palestin itu telah pun meninggalkan Malaysia dengan kecederaan ringan di beberapa bahagian tubuh mereka akibat soalsiasat oleh perisik-perisik Mossad itu.

Pada 14 Oktober yang lalu, agensi berita nasional Malaysia (BERNAMA) telah melaporkan bahawa 11 individu termasuk seorang wanita didakwa telah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.— DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...