Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kesiapsiagaan Pesawat Pejuang Su-30MKM TUDM Di Tahap Optima – PAT

Akibat sekatan ekonomi terhadap Russia, negara-negara pengguna sistem persenjataan buatan negara itu kini berhadapan dengan kesukaran mendapatkan bekalan alat ganti dan Malaysia tidak terkecuali memandangkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan pengguna pesawat Sukhoi Su-30MKM.

0 6,666

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikutan sekatan ekonomi terhadap Russia akibat serangan dan pencerobohannya terhadap Ukraine, terdapat kebimbangan dikalangan negara pengguna sistem persenjataan Russia tentang bekalan alat ganti dan aspek penyelenggarannya.

Malaysia tidak terkecuali daripada kebimbangan itu memandangkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan pengguna pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM.

Sukhoi Su-30MKM merupakan aset penting pertahanan negara dan negara memiliki 18 buah pesawat buatan Russia itu.

SU-30MKM

Dalam temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris tempatan, Asian Defence Journal (ADJ) keluaran Sept-Okt 2022, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang ditanya mengenai tahap kesiapsiagaan pesawat pejuang Su-30MKM milik TUDM.

“Tahap kesiapsiagaan pesawat-pesawat Su-30MKM milik TUDM masih berada di tahap optima, dengan ia masih berkemampuan melaksanakan operasi dan penerbangan latihan seperti biasa.”

“Ini dapat dilihat menerusi pembabitan pesawat Su-30MKM latihan bersama dengan Tentera Udara India pada Ogos lepas serta pembabitan pesawat dalam lintas hormat sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara pada Ogos,” katanya dalam temuramah itu.

Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM melancarkan peluru berpandu pada Eksesais ABABIL 2021. (gambar TUDM)

 

Secara amnya beliau berkata, TUDM menggunakan India sebagai sumber alternatif untuk bekalan alat ganti bagi pesawat buatan Russia.

Malah sehingga kini, TUDM masih mendapatkan bekalan alat ganti dan peralatan daripada India seperti sistem avionik dan struktur pesawat bagi Su-30MKM.

TUDM kata Panglima Angkatan Tentera akan meningkatkan kerjasama dari semasa ke semasa di dalam aspek perolehan alat ganti bagi pesawat.

Su-30MKI
Pesawat-pesawat Su-30MKI India dan Su-30MKM TUDM dalam latihan bersama baru-baru ini.

 

Tentera Udara India merupakan pengguna pesawat Su-30MKI terbesar di luar Russia dengan 272 buah pesawat, yang dibina secara berlesen oleh syarikat tempatan, Hindustan Aeronautics Limited (HAL).

Berucap di Dewan Rakyat Mac lepas, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata syarikat Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd (ATSC) memiliki stok alat ganti yang mencukupi bagi pesawat-pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM milik TUDM.

Beliau berkata, stok alat ganti pesawat Su-30MKM yang dimiliki oleh syarikat terbabit cukup untuk menampung keperluan operasi pesawat TUDM itu selama dua tahun.

Su-30MKM
Tiga buah pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM di Pangkalan Udara Labuan.

 

“Syarikat terlibat seperti ATSC telah mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai keuipayaan untuk menguruskan penyelenggaraan pesawat Sukhoi (Su-30MKM yang digunakan oleh TUDM) dan mempunyai stok alat ganti untuk pesawat berkenaan selama dua tahun.

“Isu Ukraine dan Russia tidak akan menjejaskan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia,” kata Menteri Pertahanan.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Dalam masa yang sama kata Hishammuddin, pihaknya akan memperluaskan perolehan alat-alat ganti pesawat yang digunakan oleh TUDM daripada negara yang menggunakan pesawat yang sama seperti India.

Malaysia menurut beliau akan mempelbagaikan perolehan asset-aset strategik negara dan tidak bergantung dengan hanya negara-negara tertentu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...