Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Suspek Pembunuh Pensyarah Palestin Dipercayai Di Tahan Di Gaza

Sebelum ini, media melaporkan pembunuhan pensyarah Palestin di Kuala Lumpur pada 2018 itu dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad.

0 1,798

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Suspek pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi Al Batsh Fatma, dipercayai telah ditahan di Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di Facebook pada Ahad, mengesahkan penahanan lelaki itu.

“Berita tersebar pagi tadi bahawa pengintip dan pembunuh Imam Fadi Al-Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 berjaya ditangkap di Gaza oleh pihak keselamatan,” katanya

Muhammad Nadir memaklumkan, pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit.

“Perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan ditangkap. Dia memaklumkan membunuh Imam Fadi bersama lelaki lain di Kuala Lumpur ketika itu. Itu saja berita yang ada setakat ini,” katanya.

Fadi

Sebelum ini, media melaporkan pembunuhan Fadi pada 2018 itu dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad yang menggunakan pasport Serbia dan Montenegro.

Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash yang mengeluarkan kenyataan itu berkata, dua suspek menaiki motosikal BMW yang melepaskan tembakan jarak dekat berkenaan dipercayai ejen Mossad yang berada di Malaysia.

Pembunuhan Fadi mendapat liputan meluas berita di Asia Barat dan kecoh apabila Khaled mengeluarkan kenyataan mendakwa pembunuhan itu didalangi serta dirancang oleh Mossad.

Fadi

Kebanyakan portal berita termasuk milik Israel seperti Haaretz.com, The Times Of Israel dan The Jerusalem Post turut menyiarkan kenyataan Khaled yang mendakwa dua lelaki berkenaan adalah ejen Mossad.

Fadi pernah menetap di Jabalia, utara Semenanjung Gaza sebelum berhijrah ke Malaysia pada 2011 dan bekerja sebagai pensyarah di UniKL BMI.

Terdapat juga laporan media daripada Israel mengatakan bahawa Dr Fadi mempunyai kepakaran di dalam bidang teknologi dron.

Fadi

 

Klik Untuk Download dan Install Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.defencesecurityasia.dsanews

Google Play

Comments
Loading...