Gripen C/D Thailand Kini Mampu Tembak “Meteor” BVRAAM
Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada pihak Thailand atau Saab Group, tetapi media pertahanan antarabangsa menganggarkan kerja-kerja menaiktaraf pesawat Gripen Thailand kepada standard MS20 itu menelan belanja sebanyak US$21 juta (RM84 juta) bagi memberikan pesawat Gripen C/D miliknya kemampuan berganda.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak pertengahan tahun lepas, 12 buah pesawat pejuang JAS 39 Gripen C/D milik Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) secara senyap tanpa sebarang majlis perasmian gilang-gemilang telah mula menjalani kerja-kerja naik-taraf yang dilakukan oleh syarikat pembuat pesawat itu, Saab Group.
Kerja-kerja menaiktaraf itu adalah untuk membolehkan pesawat-pesawat Gripen Thailand yang diperolehi dalam dua kumpulan (6+6) pada 2011 itu dipertingkat kepada standard terkini pesawat itu, MS20.
Kesemua pesawat termoden Tentera Udara Diraja Thailand itu ditempatkan di pangkalan udara di Surat Thani, selatan Thailand.
Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada pihak Thailand atau Saab Group, tetapi media pertahanan antarabangsa menganggarkan kerja-kerja menaiktaraf pesawat Gripen Thailand kepada standard MS20 itu menelan belanja sebanyak US$21 juta (RM84 juta).
Saab Group hanya mengesahkan bahawa pesawat-pesawat Gripen Thailand dinaiktaraf kepada standard MS20 tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.
Menurut maklumat am daripada Saab, kerja-kerja menaiktaraf pesawat-pesawat Gripen kepada standard MS20 itu melibatkan peningkatan keupayaan software dan hardward pesawat itu bagi membolehkan ia berkemampuan untuk menangani ancaman di darat menerusi penggunaan sistem senjata panduan laser. (laser-guided bombs)
Selain daripada peningkatan kemampuan untuk menangani ancaman di darat, standard MS20 juga meningkatkan keupayaan pesawat Gripen untuk melaksanakan misi-misi udara-ke-udara menerusi penggunaan peluru berpandu udara-ke-udara panduan radar “Meteor BVRAAM” Beyond Visual Range Air-To-Air Missile.
Kemampuan pesawat Gripen standard MS20 sebagaimana digunakan oleh Thailand untuk membawa dna melancarkan peluru berpandu “Meteor” adalah elemen utama program menaiktaraf pesawat itu kepada standard MS20.

Didakwa peluru berpandu udara-ke-udara paling berkemampuan di dunia, “Meteor BVRAAM” yang dibangunkan oleh syarikat MBDA Systems itu menggunakan sistem propulsion ramjet yang membolehkan kelajuannya mencapai Mach 4.
Peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor” yang mempunyai panjang lebih daripada 3 meter itu mempunyai jarak effektif melebihi 100km.
Comments are closed.