Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bom Pintar GBU-53B “Stormbreaker”, Cuaca Buruk Bukan Pelindung

Bom-bom pintar yang dipanggil “Stormbreaker atau GBU-53B ini direkabentuk untuk memusnahkan sama ada sasaran statik atau bergerak dengan ketepatan yang tinggi serta pada jarak stand-off tidak kira malam atau siang dan semua keadaan cuaca.

0 1,984

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Cuaca buruk, kabus atau ribut pasir tidak lagi boleh dijadikan perlindungan oleh mana-mana pihak kerana mereka boleh dibedil pada bila-bila masa oleh bom pintar dipanggil “Stormbreaker” yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon Missile Systems untuk Tentera Udara dan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Bomb “Stormbreaker” ini dahulunya dikenali dengan nama “Small Diameter Bomb.”

Dalam satu ujian dilapangan yang dijalankan bulan lepas, empat buah pesawat F-15E daripada Mountain Home Air Force Base di Idaho telah mengugurkan bom-bom “Stormbreaker” terhadap empat buah kenderaan sedang bergerak.

Ia menjadikannya unit aktif yang pertama mengugurkan bom-bom pintar terbaru tentera udara Amerika Syarikat itu.

Buat masa ini, bom pintar “Stormbreaker” itu hanya diluluskan untuk digunakan pada pesawat-pesawat F-15E menurut Tentera Udara Amerika Syarikat, tetapi ia bakal digunakan pada pesawat F/A-18E/F Super Hornet dan pesawat generasi ke-lima F-35.  

Stormbreaker
“Small But Deadly”” … Bom pintar GBU-53/B aka “Stormbreaker”

 

Bom-bom pintar yang dipanggil “Stormbreaker atau GBU-53B ini direkabentuk untuk memusnahkan sama ada sasaran statik atau bergerak dengan ketepatan yang tinggi serta pada jarak stand-off tidak kira malam atau siang dan semua keadaan cuaca.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mula membangunkan bom pintar ini sejak tahun 2015 dan melabur sebanyak US$700 juta.

Apa yang membuatkan bom ini tepat mengenai sasarannya dalam apa jua keadaan cuaca, sama ada siang atau malam adalah kerana ia dipandu oleh tiga cara, iaitu Radar Mili Meter Wave (MMW), Infra Red dan Sensor Semi-Aktif.

Selain itu juga ia juga dipandu oleh Global Positioning System (GPS) dan Data Link bagi memastikan ia mengenai sasaran tanpa diganggu oleh sebarang usaha jamming.

Stormbreaker

Bagi kepada peledaknya pula, bom “Stormbreaker” memiliki pelbagai kepala peledak bergantung kepada jenis sasaran yang mahu dibedilnya tetapi letupan direka supaya ia tidak memusnahkan keadaan sekeliling, hanya cukup untuk menyebabkan “kerosakkan”kepada sasaran.

Bedilan dengan kerosakan collateral yang minimal.

Setiap satu pesawat F-15E yang boleh membawa sehingga 26 butir bom “Stormbreaker” boleh menggugurkan bom-bom mereka sejauh 72km daripada jarak sasaran yang sedang bergerak, manakala bagi sasaran statik pula jarak sasaran effektifnya adalah 110km.

Stormbreaker

Mengapa sebuah pesawat boleh membawa sebegitu banyak bom pintar itu, ia adalah kerana bersesuaian dengan nama lamanya iaitu “Small Diameter Bom II”,  bom “Storm Breaker” itu adalah kecil iaitu hanya seberat 93 kilogram (kepala peledak 48 kilogram), panjang 173 cm dan lebar 18 cm.

Dengan 26 bom-bom “Stormbreaker” yang dibawa oleh setiap satu pesawat F-15E, ia memberikan kemampuan kepada pesawat untuk melaksanakan pelbagai misi dalam satu operasi daripada membedil sasaran bergerak, kubu pertahanan, high-value target dan macam-macam lagi dalam apa juga keadaan dan cuaca.

Tidak kira sama ada siang atau kepekatan malam.

Stormbreaker

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...