Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thailand Pertingkat Pesawat Gripen C/D Miliknya, Pastikan “Lebih Berbisa”

Kerja-kerja menaiktaraf pesawat pejuang Gripen C/D Thailand kepada konfigurasi MS20 melibatkan peningkatan hardware dan software bagi memastikan pesawat itu mampu melaksanakan misi-misi udara-ke-udara, udara-ke-darat, Intelligence, Surveillance, Target Acquisition dan Reconnaissance (ISTAR).

0 2,852

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Thailand mengesahkan bahawa ia sedang menaiktaraf pesawat-pesawat pejuang Saab JAS 39 Gripen C/D miliknya ke konfigurasi MS20 bagi membolehkan pesawat kombat buatan syarikat Sweden  itu “lebih berbisa” dalam menangani pelbagai ancaman udara. 

Seorang pegawai kanan tentera udara negara itu mengesahkan kepada sebuah laman web pertahanan antarabangsa baru-baru ini bahawa kerja-kerja menaiktaraf terhadap 12 buah pesawat pejuang pelbagai guna itu sedang berjalan pada ketika ini dan ia dijangka selesai pada tahun 2025.

Pada tahun lepas, Tentera Udara Thailand menyambut ulangtahun ke-10 pengoperasian pesawat pejuang Gripen. 

Gripen
Pesawat JAS-39C/D Gripen Tentera Udara Thailand (RTAF).

 

Kesemua pesawat pejuang termoden Tentera Udara Diraja Thailand itu ditempatkan di pangkalan udara di Surat Thani, selatan Thailand.

Pada awal tahun ini, media pertahanan antarabangsa itu menganggarkan kerja-kerja menaiktaraf pesawat Gripen Thailand kepada konfigurasi MS20 menelan belanja sebanyak US$21 juta (RM84 juta).

Saab Group enggan mengesahkan secara terperinci spesifikasi kerja-kerja menaiktaraf yang dilakukan terhadap pesawat-pesawat Gripen Thailand itu. 

Bagaimanapun, maklumat yang disiarkan oleh syarikat Sweden itu menyatakan bahawa kerja-kerja menaiktaraf pesawat pejuang Thailand kepada konfigurasi MS20 melibatkan peningkatan hardware dan software bagi memastikan pesawat itu mampu melaksanakan misi-misi udara-ke-udara, udara-ke-darat, Intelligence, Surveillance, Target Acquisition dan Reconnaissance (ISTAR).

Konfigurasi MS20 kepada pesawat Gripen Thailand itu juga akan meningkatkan sistem misi kombatnya.

Saab Group
Tiga buah pesawat Gripen Tentera Udara Diraja Thailand.

 

Kertas Putih Tentera Udara Thailand 2020 menyatakan bahawa kerja-kerja menaiktaraf terhadap pesawat Gripen itu juga akan melibatkan Operational Flight Program (OFP) dan Operational Support Systems (OSS) pesawat pejuang itu.

Ini berkemungkinan melibatkan peningkatan kemampuan sistem pembidik sasaran untuk bom tidak dipandu dan bom dipandu laser.

Peningkatan kepada kemampuan udara-ke-udara juga bakal menyaksikan pesawat pejuang milik Thailand itu memiliki radar baru.

Selain itu, dibawah konfigurasi baru MS20 itu pesawat-pesawat Gripen Tentera Udara Thailand bakal memiliki kemampuan untuk melancarkan peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) “Meteor” yang dibangunkan oleh firma pertahanan Eropah, MBDA.

Peluru berpandu BVR “Meteor” berkemampauan membedil sasaran udara dengan jarak melebihi 100km, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Saab Group, yang membangunkan pesawat pejuang itu.  

Meteor
Peluru berpandu “Meteor BVRAAM”

 

Menurut pegawai kanan Tentera Udara Thailand itu, kerja-kerja menaiktaraf pesawat Gripen itu adalah untuk memastikan ia berkemampuan melaksanakan misi-misi dan operasi dengan “lebih berkesan.”

Didakwa peluru berpandu udara-ke-udara paling berkemampuan di dunia, “Meteor Beyond Visual Range Air-to-Air Missile (BVRAAM) itu menggunakan sistem propulsion ramjet yang membolehkan kelajuannya mencapai Mach 4 sebaik sahaja ia dilancarkan.

Panjang peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor BVR” itu adalah 3 meter.

Dikatakan “no-escape zone” peluru berpandu Meteor BVR adalah tiga kali lebih besar daripada mana-mana peluru berpandu udara-ke-udara BVR di pasaran ketika ini, membolehkan ia menangani sebarang ancaman udara.

Jaga-jaga pesawat pejuang Gripen C/D dengan konfigurasi MS20 Tentera Udara Diraja Thailand kini berkemampuan untuk melancarkan peluru berpandu “Meteor BVRAAM,” manakala pesawat-pesawat F-16-nya pula berkemampuan melancarkan AMRAAM.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Selain itu, pesawat-pesawat Gripen yang dinaiktaraf kepada standard MS20 itu juga boleh diperlengkapkan dengan bom-bom GBU-39 Small Diameter Bom (SDB) yang dibangunkan oleh syarikat Boeing.

Setiap pesawat Gripen dengan konfigurasi MS20  itu boleh membawa sehingga 16 butir bom-bom pintar SDB yang direkabentuk untuk membedil sasaran darat dengan ketepatan yang tinggi, tanpa menyebabkan kemusnahan kolateral pada kawasan sekelilingnya.

Apa yang menarik dengan 12 buah pesawat Gripen Thailand adalah ia turut digandingkan dengan sebuah pesawat “Erieye AEW” (Aircraft Early Warning) di bawah usaha yang dinamakan projek “Peace Suvarnabhumi.” — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...