Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Next Generation Light Anti Tank Weapon (NLAW)

Bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), walaupun tiada pengesahan rasmi tetapi negara dikatakan adalah di antara angkatan tentera di Asia Tenggara yang terawal menggunakan sistem persenjataan anti-armor NLAW.

0 1,876

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak bermulanya konflik di antara Russia dan Ukraine, antara sistem persenjataan yang menjadi sebutan ramai seluruh dunia adalah Next Generation Light Anti Tank Weapon (NLAW) yang dibangunkan oleh syarikat Saab Bofors Dynamics dan Thales Air Defence.

NLAW juga dikenali dengan nama Main Battle Tank and Light Anti-Tank Weapon (MBT LAW).

Senjata anti-kereta armor jarak dekat itu dikatakan oleh penganalisis Barat sebagai telah berjaya menyebabkan kemusnahan dan kerosakan terhadap ratusan kenderaan armor tentera Russia sehingga mengakibatkan kemaraan mereka di medan perang amat perlahan.

NLAW

Ia juga didakwa bahawa NLAW dan dibantu oleh senjata anti-armor lain yang dibekalkan oleh negara-negara Barat telah berjaya mengubah kedudukan di medan perang untuk memihak kepada pihak Ukraine.

Sehingga kini, Britain dikatakan telah mengirim sejumlah 3,615 NLAW untuk digunakan oleh tentera Ukraine dan negara itu bercadang untuk menghantar kira-kira 4,000 lagi sistem anti-armor tersebut untuk membantu Kiev.

Bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), walaupun tiada pengesahan rasmi tetapi ia dikatakan adalah di antara angkatan tentera di Asia Tenggara yang terawal menggunakan sistem persenjataan anti-armor NLAW.

NLAW

Unit-unit tentera darat termasuk Grup Gerak Khas (GGK) dikatakan menggunakan NLAW sejak 2018 hasil daripada pesanan yang dibuat kepada syarikat Saab Bofors Dynamics pada 2016.

ATM melakukan perolehan NLAW bagi menggantikan sistem anti-armor jarak dekat “Eryx” yang telah pun ditamatkan perkhidmatannya.

Dua tahun lepas, ATM didakwa melakukan perolehan tambahan NLAW untuk anggota tentera daratnya, berkemungkinan kerana ia berpuashati dengan prestasi sistem anti-armor itu.

NLAW

Disebabkan sistem NLAW ini tidak terlalu berat iaitu hanya kira-kira 12 kilogram dan mudah dioperasikan kerana konsep “fire and forget” menyebabkan ia menjadi pilihan untuk dihantar ke Ukraine untuk digunakan oleh tentera negara itu.

NLAW boleh melancarkan projectile sehingga 600 meter jauh walaupun jarak operasi maksimum tembakannya boleh mencecah sehingga 1,000 meter.

Sistem anti-armor ini adalah “soft-launch system” dimana ia boleh dilancarkan daripada tempat tertutup tanpa menyebabkan sebarang kecederaan terhadap pengendalinya.

NLAW

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Antara sebab utama menyebabkan NLAW ini adalah sistem anti-armor yang berkesan adalah kerana ia boleh menggunakan mod Overfly Top Attack (OTA) di mana projectile akan membedil kawasan atas kereta kebal dimana lapisan armornya adalah paling nipis.

Selain OTA, NLAW juga boleh digunakan dalam mod Direct Attack (DA) untuk membedil kenderaan perisai lain atau kubu-kubu pertahanan. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...