Media India Sandar “Maklumat Palsu” Tentang Rundingan FA-50
Apa yang admin boleh katakan adalah, sumber kepada Defence Security Asia mengatakan bahawa maklumat-maklumat di dalam laporan media India akhir-akhir ini tentang soal harga keseluruhan 18 buah pesawat FA-50 yang ditawarkan kepada Malaysai itu adalah tidak benar sama sekali dan palsu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Sejak kebelakangan ini, media-media India telah memainkan isu tentang soal harga “yang terlalu tinggi” bagi 18 buah pesawat FA-50 sehingga menyebabkan rundingan di antara Kementerian Kewangan Malaysia dengan syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) berhadapan dengan “jalan sukar.”
Media-media India mendakwa bahawa disebabkan harga bagi 18 buah FA-50 yang tinggi iaitu RM4. 2 bilion, telah menyebabkan pesawat Tejas keluaran Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) kembali berada “di hadapan persaingan” mengatasi FA-50.
Media-media India mengatakan bahawa HAL menawarkan 18 buah pesawat Tejas kepada Malaysia pada harga RM3. 75 bilion.

Apa yang admin boleh katakan adalah, sumber kepada Defence Security Asia mengatakan bahawa maklumat-maklumat di dalam laporan media India akhir-akhir ini tentang soal harga FA-50 itu adalah tidak benar sama sekali dan palsu.
“Rundingan antara KAI dengan Kementerian Pertahanan telah berjalan dengan amat baik sekali. Soal harga sebagaimana dimainkan oleh media-media India itu adalah palsu sama sekali,” kata sumber dipercayai itu kepada Defence Security Asia.
Pada admin, media-media tidak dapat menerima kenyataan pesawat kebanggaan mereka, Tejas bakal berhadapan dengan satu lagi “kekalahan” dalam usahanya untuk mencari pasaran eksport untuk pesawat itu.

Apabila tidak dapat menerima kenyataan bahawa Tejas akan ditolak oleh Malaysia, media-media India mula mengeluarkan kenyataan palsu di dalam usaha untuk mengelirukan pembaca supaya tidak mempercayai laporan-laporan media bahawa pesawat FA-50 bakal dipilih oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).
Laporan-laporan media India itu turut menonjolkan kelebihan pesawat Tejas berbanding FA-50 seperti pesawat keluaran industri pertahanan India itu lebih manuverable kerana ia adalah pesawat pejuang sebenar dan bukan berasal daripada pesawat latihan sebagaimana pesawat pejuang Korea Selatan itu.
Media India itu juga menonjolkan bahawa pesawat FA-50/T-50 itu mengalami kemalangan sebanyak 6 kali dengan terbaru pesawat T-50 yang dimiliki oleh Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU).
Bagaimanapun media India tidak melaporkan bahawa ratusan pesawat FA-50/T-50 telah digunakan oleh beberapa buah negara termasuk Korea Selatan berbanding Tejas yang hanya mula diterima masuk oleh Tentera Udara India pada tahun lepas tanpa sebarang kejayaan di pasaran eksport.
Comments are closed.