Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

JOM!!! Lihat Spesifikasi Pesawat FA-50 Block 20

Paling berkemampuan dan berkeupayaan kerana varian FA-50 Block 20 yang dibangunkan oleh KAI telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan bagi membolehkan ia melaksanakan pelbagai misi dan operasi, selain melatih juruterbang.

0 7,160

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sebagaimana yang kita tahu, syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) telah menawarkan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia varian pesawat FA-50 Block 20 untuk memenuhi keperluan pesawat pejuang ringan (LCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mari kita lihat apa yang ada pada pesawat FA-50 Block 20.

Pesawat FA-50 Block 20 adalah varian pesawat FA-50 yang paling berkemampuan dan berkeupayaan selepas dinaiktaraf.

FA-50
Pesawat FA-50 terbang bersama F-16

 

Paling berkemampuan dan berkeupayaan kerana varian FA-50 Block 20 yang dibangunkan oleh KAI telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan bagi membolehkan ia melaksanakan pelbagai misi dan operasi, selain melatih juruterbang.

Pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada Malaysia secara amnya dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan canggih seperti “Sniper Advanced Targeting Pod,” yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Selain itu varian pesawat itu juga akan dilengkapi dengan meriam 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

Sniper
“Sniper” Advance Targeting Pod.

 

Varian pesawat FA-50 Block 20 itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) untuk melakukan pengisian minyak di udara dan Link 16 Block Upgrade 2 (military tactical data link) yang selamat, secure, bebas daripada usaha pemintasan pihak musuh dan lain-lain lagi.

Kemudahan AAR Probe itu akan memastikan pesawat FA-50 Block 20 boleh diisi minyak ketika berada di udara sekaligus membolehkan ia beroperasi pada jarak yang lebih jauh dan lebih lama untuk operasi.

Pesawat FA-50 Block 20 itu menggunakan Cobham Mission System untuk memberikan kemudahan AAR yang dibangunkan oleh syarikat Cobham daripada United Kingdom.

FA-50
GBU-38 Joint Direct Attack Munitions (JDAM)
FA-50
Peluru berpandu AIM-9

 

Selain itu, terdapat juga opsyen untuk kerja-kerja menaiktaraf yang boleh dilakukan pada masa depan kerana perkara yang akan dinaiktaraf itu masih di dalam proses pembangunan pada ketika ini oleh KAI.

 Antaranya, termasuklah 300 gelen External Fuel Tanks dan kemampuan peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dalam bentuk peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 (AMRAAM).

 Sedikit lagi penambahbaikan dan naik taraf, pesawat FA-50 Block II yang ditawarkan oleh KAI sudah boleh dikategorikan sebagai pesawat MRCA (Multi Role Combat Aircraft).

FA-50
Pesawat FA-50 Varian MRCA yang bakal dibangunkan oleh KAI.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sekiranya pesawat FA-50 terpilih sebagai pesawat FLIT/LCA pilihan TUDM, maka varian yang akan digunakan olehnya adalah berlainan daripada yang digunakan oleh tentera udara Thailand (T-50TH), Filipina (FA-50) dan Indonesia (T-50I).

Tentera Udara Filipina menggunakan 12 buah pesawat FA-50 dalam varian LCA manakala Tentera Udara Thailand pula mengoperasikan 14 buah varian T-50  termasuk dua buah yang dipesan daripada KAI baru-baru ini.

Tentera Udara Indonesia juga menggunakan kira-kira 22 buah pesawat T-50.   — DSA

 

 

 

Comments
Loading...