Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Stesen Televisyen Korea Dakwa FA-50 Berjaya Menangi Kontrak Malaysia

Artikel oleh blog pertahanan India, Indian Defence Research Wing (IDRW) yang memetik laporan oleh stesen televisyen swasta terbesar Korea Selatan, Seoul Broadcasting System (SBS) mengatakan bahawa Korea Aerospace Industries (KAI) memenangi kontrak bernilai 1 trillion Won untuk membekalkan 18 buah pesawat FA-50 kepada TUDM.

0 13,242

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Stesen televisyen swasta terbesar Korea Selatan, Seoul Broadcasting System (SBS) dilaporkan telah mengesahkan bahawa syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) telah memenangi persaingan untuk membekalkan sejumlah pesawat FA-50 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Artikel oleh blog pertahanan India, Indian Defence Research Wing (IDRW) yang memetik laporan oleh SBS itu mengatakan bahawa KAI memenangi kontrak bernilai 1 trillion Won untuk membekalkan 18 buah pesawat FA-50 kepada TUDM.

Menurut laporan oleh SBS lagi sebagaimana dipetik oleh IDRW itu bahawa rundingan bakal dimuktamadkan tidak lama lagi, seawal minggu depan sebagaimana dinyatakan oleh sumber mereka di dalam KAI.

FA-50

Menurut IDRW, media-media India turut melaporkan bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia telah memutuskan untuk memperolehi pesawat yang dibangunkan oleh KAI berbanding pesawat Tejas yang dibangunkan oleh syarikat Hindustan Aeronautics Limited (HAL).

Adakah media-media India sudah mengangkat “bendera putih”, menandakan kekalahan pesawat Tejas dalam persaingan di Malaysia?

Setakat ini tiada lagi pengesahan rasmi daripada sama ada Kementerian Pertahanan Malaysia atau daripada syarikat KAI tentang keputusan pemilihan pesawat FA-50 itu.

Bagaimanapun laporan oleh IDRW itu hanya mengesahkan laporan oleh Defence Security Asia sebelum ini yang mengatakan bahawa Kementerian Pertahanan telah memutuskan untuk memilih pesawat FA-50 sebagai pesawat pejuang ringan/latihan lanjutannya.

Sumber yang dipercayai memaklumkan kepada Defence Security Asia bahawa, TUDM akan memperolehi varian FA-50 Block 20.

FA-50

 

“Confirm,TUDM akan memperolehi pesawat generasi terbaru FA-50 Block 20 yang hampir sama dengan pesawat FA-50 Block 20 ditawarkan oleh KAI kepada Poland,” kata sumber itu kepada Defence Security Asia sambil menambah bahawa varian FA-50 Block 20 adalah paling berkeupayaan dan berkemampuan untuk menangani sebarang cabaran.

Menurut sumber itu lagi, kedua-dua pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh Malaysia dan Poland itu akan dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) yang terkini.

Baru-baru ini, Poland telah bersetuju untuk memperolehi 48 buah pesawat FA-50 Block 20 daripada KAI selain beberapa sistem persenjataan lain termasuk kereta kebal utama dan self-propelled howitzer K-9.

Beliau bagaimanapun, tidak mendedahkan dengan lebih lanjut jenis radar AESA dan syarikat yang membangunkan radar berteknologi tinggi tersebut.

Namun sebagaimana yang telah pun diketahui sebelum ini, tidak akan ada sebarang komponen yang diperbuat oleh syarikat-syarikat Israel pada pesawat FA-50 Block 20 Malaysia.

Tejas
Tejas

 

Selain itu katanya, pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan dengan kelengkapan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

Pesawat F-16 yang lebih dikenali dengan panggilan “Viper” itu dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Syarikat KAI dan Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat mempunyai hubungan yang rapat hasil kerjasama mereka dalam membangunkan pesawat latihan lanjutan T-50 Golden Eagle, yang merupakan asas kepada pesawat pejuang ringan FA-50.

Apps
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pada masa yang sama kata sumber itu kepada Defence Security Asia, pesawat FA-50 Block 20 yang akan digunakan oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2”.

Mengenai bilangan yang akan diperolehi oleh TUDM, beliau tidak mendedahkannya, tetapi sebagaimana laporan media tempatan sebelum ini, sebanyak 18 buah unit akan diperolehi dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 manakala tambahan 18 unit lagi akan diperolehi pada Rancangan Malaysia ke-13. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

 

 

Comments
Loading...