Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Kehilangan Paya Lebar”, S’pura Transformasi Operasi Udara Dengan F-35B

Sebab itulah pada tahun 2019 Singapura memilih untuk memperolehi empat buah varian pesawat F-35B (opsyen untuk lapan lagi buah F-35B) yang boleh berlepas daripada landasan yang amat pendek dan mendarat secara vertikal. Pesawat pejuang F-35B buatan syarikat Lockheed Martin yang lengkap dengan segala bom-bom,peluru berpandu dan minyak yang penuh hanya memerlukan landasan sepanjang 200 meter sahaja untuk berlepas, paling pendek bagi sebuah pesawat pejuang moden.

2,327

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menjelang tahun 2030 iaitu kira-kira tujuh tahun daripada sekarang, Tentera Udara Singapura akan kehilangan salah satu pangkalan udara terpentingnya iaitu Pangkalan Udara Paya Lebar.

Pada ketika ini, Pangkalan Udara Paya Lebar menempatkan beberapa skuadron pesawat milik Tentera Udara Singapura seperti C-130 Hercules dan F-15SG “Strike Eagles”.

Penutupan Pangkalan Udara Paya Lebar pada 2030, meninggalkan Singapura dengan hanya tiga pangkalan udara iaitu Tengah, Sembawang dan Changi – tetapi hanya dua yang boleh menempat dan mengoperasikan pesawat kombat.

Sementara itu,Pangkalan Udara Paya Lebar akan dibangunkan semula untuk menjadi sebuah penempatan baru dengan 150,000 penduduk.

Bagi sebuah negara yang kecil dengan keluasan tanah yang terhad, ia sememangnya adalah tugas yang sukar untuk mengasingkan sebuah kawasan yang luas untuk aktiviti ketenteraan termasuk pangkalan udara bagi operasi pesawat kombat.

F-15
Dua buah pesawat pejuang F-15SG Tentera Udara Republik Singapura di Pangkalan Udara Paya Lebar.

 

Sebab itulah pada tahun 2019 Singapura memilih untuk memperolehi empat buah varian pesawat F-35B (opsyen untuk lapan lagi buah F-35B) yang boleh berlepas daripada landasan yang amat pendek dan mendarat secara vertical.

Pesawat pejuang F-35B buatan syarikat Lockheed Martin yang lengkap dengan segala bom-bom,peluru berpandu dan minyak yang penuh hanya memerlukan landasan sepanjang 200 meter sahaja untuk berlepas, paling pendek bagi sebuah pesawat pejuang moden.

Pesawat F-35B mula dibangunkan untuk memenuhi keperluan Kor Marin Amerika Syarikat untuk mengoperasi pesawat pejuang yang boleh berlepas dan mendarat daripada Amphibious Assault Ship, membolehkan ia beroperasi di serata pelusuk dunia.

Kemampuan pesawat pejuang F-35B yang bakal dimiliki oleh republik itu bermula pada tahun 2026 sudah semestinya akan mentransformasi Tentera Udara Singapura, di mana akan mengurangkan kebergantungannya kepada landasan-landasan yang panjang untuk  meluncurkan pesawat-pesawat pejuangnya.

Pesawat-pesawat F-35B yang diperolehi oleh Singapura itu bertujuan menggantikan F-16 miliknya yang pada ketika ini sedang dinaiktaraf dengan radar yang baru, datalink, mission computer dan persenjataan bagi membolehkan ia terus beroperasi sehingga pertengahan tahun 2030-an.

F-35B

 

Ketika krisis atau waktu-waktu kecemasan, Singapura boleh mengoperasikan pesawat-pesawat F-35B miliknya daripada pangkalan udara yang kecil atau kemudahan-kemudahan sementara yang “bertaburan” (scattered) di lokasi-lokasi rahsia di republik itu.

Kemudahan-kemudahan sementara F-35B itu juga boleh diaturgerak dengan cepat (mobile) ke mana-mana lokasi, sekaligus menyukarkan lagi musuh untuk mensasarkannya dengan apa-apa serangan.

Ketika peperangan, sebarang serangan terhadap pangkalan udara yang besar dengan landasannya boleh “menangguhkan” operasi tentera udara buat beberapa jam (sementara landasan itu diperbaiki).

“Penangguhan” selama beberapa jam operasi tentera udara itu boleh bermakna menang atau kalah di dalam peperangan, terutamanya bagi Singapura yang amat bergantung kepada kekuatan tentera udaranya.

Pada ketika ini, selain landasan di pangkalan-pangkalan udara, Singapura juga menjadikan beberapa jalanraya seperti Jalan Lim Chu Kang sepanjang 2.5km  sebagai landasan sementara untuk perlepasan dan pendaratan pesawat-pesawat pejuang.

Singapura
Pesawat F-16 Singapura Mendarat di Jalan Lim Chu Kang

 

Dengan F-35B, ia boleh beroperasi daripada mana-mana lokasi di Singapura dengan jalanraya yang panjangnya lebih daripada 200 meter.

Malah dengan jalanraya sepanjang 200 meter, pesawat-pesawat F-35B Singapura itu boleh beroperasi daripada tengah-tengah pusat perniagaan (central business district) republik itu.

Ketika latihan udara multinasional Pitch Black di Australia tahun lepas,laporan media Singapura menyatakan bahawa tentera udara negara itu telah menghantar pasukannya untuk berinteraksi dengan tentera Amerika Syarikat yang turut menghantar pesawat F-35B ke latihan itu.

F-35
Pesawat F-35B STOVL mendarat pada waktu malam.

 

Ia sekurang-kurangnya membolehkan Tentera Udara Singapura menimba pengalaman dan pengetahuan daripada rakan sejawatannya daripada Amerika Syarikat tentang operasi dan pengendalian pesawat F-35B

Kor Marin Amerika Syarikat sendiri sedang berlatih untuk mengoperasikan pesawat F-35 daripada lokasi dan kemudahan yang jauh dan sederhana.

Sebagai contohnya, ia mengoperasi enam daripada 12 buah F-35 di sebuah pangkalan pedalaman di utara Australia, yang terletak kira-kira 1,000 batu daripada pangkalan udara utama. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments are closed.